Gunakan AirPlay untuk menstrim video atau mencerminkan skrin iPad anda
Anda boleh menggunakan AirPlay untuk menstrim video, foto dan audio daripada iPad anda ke Mac atau TV berdekatan. Anda juga boleh mencerminkan perkara pada skrin iPad anda.
Sediakan Mac untuk membenarkan penstriman daripada iPad anda
Pada Mac, lakukan satu daripada yang berikut:
macOS 13 atau lebih baharu: Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Umum dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu menskrol ke bawah). Klik AirDrop & Handoff di sebelah kanan, kemudian aktifkan Penerima AirPlay.
macOS 12.5 atau lebih awal: Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Perkongsian, kemudian pilih dan aktifkan Penerima AirPlay.
Pilih pilihan bagi “Benarkan AirPlay untuk”:
Untuk membenarkan hanya peranti yang anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada Mac untuk strim ke Mac, pilih “Pengguna semasa”.
Untuk membenarkan orang lain, pilih “Sesiapa dalam rangkaian sama” atau Semua Orang.
Untuk memerlukan kata laluan bagi menggunakan AirPlay dengan Mac, pilih pilihan, kemudian masukkan kata laluan dalam medan teks.
Jika anda memilih pilihan “Sesiapa dalam rangkaian sama” atau “Semua orang” dan seseorang mendaftar masuk ke peranti mereka dengan Apple ID yang berbeza berbanding pada Mac, permintaan AirPlay pada mulanya memerlukan penerimaan pada Mac dan pengesahan pada peranti lain. Pada Mac terima permintaan AirPlay. Jika Mac memaparkan kod AirPlay, masukkan kod pada peranti lain.
Strim foto atau video daripada iPad anda ke Mac atau TV
Sambungkan iPad anda ke rangkaian Wi-Fi yang sama seperti Apple TV 4K anda, TV pintar serasi AirPlay atau Mac.
Cari video yang anda mahu strim.
Ketik AirPlay . Dalam sesetengah app, anda mungkin perlu mengetik butang yang berbeza terlebih dahulu. Sebagai contoh, dalam app Foto , ketik Kongsi , kemudian ketik AirPlay.
Pilih Mac atau TV anda daripada senarai.
Untuk menukar destinasi main balik, pilih pilihan AirPlay berbeza pada skrin iPad anda.
Untuk menunjukkan kawalan main balik video pada Mac, alihkan penuding ke atas video yang bermain pada skrin Mac.
Untuk berhenti menstrim, ketik AirPlay dalam app yang anda strim, kemudian ketik iPhone atau iPad anda daripada senarai.
Gunakan AirPlay dalam bilik hotel anda
Jika anda tinggal di bilik hotel dengan TV yang menyokong AirPlay, anda boleh menggunakannya untuk memainkan filem, rancangan TV, muzik dan banyak lagi daripada iPad anda (iPadOS 17.3 atau lebih baharu).
Jika ia belum dihidupkan, hidupkan TV bilik dan cari kod QR AirPlay.
Buka Kamera , imbas kod QR dengan kamera iPad anda, kemudian ikuti arahan atas skrin untuk bersambung ke Wi-Fi hotel (jika anda belum bersambung) dan TV bilik anda.
Gunakan iPad anda untuk memaparkan kandungan pada skrin TV. Anda boleh melakukan mana-mana yang berikut:
Mainkan filem atau rancangan TV: Cari video yang anda mahu strim, ketik , kemudian pilih TV hotel anda sebagai destinasi main balik.
Lihat foto dan video: Buka app Foto , ketik , ketik , kemudian pilih TV hotel anda sebagai destinasi main balik.
Mainkan audio: Buka app audio seperti Muzik , ketik , kemudian pilih TV hotel anda sebagai destinasi main balik.
Cerminkan skrin iPad anda: Buka Pusat Kawalan, ketik , kemudian pilih TV hotel anda sebagai destinasi main balik.
Untuk berhenti penstriman atau pencerminan, ketik butang AirPlay atau pencerminan (, , atau ) pada iPad anda, kemudian ketik iPad anda dalam senarai atau ketik Hentikan Pencerminan.
Nota: AirPlay di hotel tersedia di negara dan rantau terpilih.
Cerminkan iPad anda pada Mac atau TV
Sambungkan iPad anda ke rangkaian Wi-Fi yang sama seperti Apple TV anda, TV pintar serasi AirPlay atau Mac.
Buka Pusat Kawalan pada iPad anda.
Ketik , kemudian pilih Mac atau TV anda sebagai destinasi main balik.
Untuk bertukar semula, buka Pusat Kawalan, ketik , kemudian ketik Hentikan Pencerminan.
Mainkan audio daripada iPad pada Mac atau TV
Pada iPad anda, buka app audio, seperti Podcast atau Muzik , kemudian pilih item untuk dimainkan.
Ketik , kemudian pilih destinasi main balik.
Untuk memilih destinasi main balik, anda juga boleh mengetik pada Skrin Kunci atau dalam Pusat Kawalan.
Nota: Menggunakan AirPlay untuk strim ke Mac memerlukan iPad Pro (generasi ke-2), iPad Air (generasi ke-3), iPad (generasi ke-6), iPad mini (generasi ke-5), atau lebih baharu, bersama dengan Mac yang disokong.
Model iPad yang lebih awal boleh berkongsi kandungan pada resolusi yang lebih rendah dengan model Mac yang disokong apabila menu “Benarkan AirPlay untuk” dalam keutamaan Perkongsian disetkan kepada Semua Orang atau “Sesiapa dalam rangkaian sama”.