Sediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga pada iPad
Anda boleh menyediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga pada peranti mereka dengan mengikuti langkah dalam Sediakan Masa Skrin pada iPad, atau jika mereka berada dalam kumpulan Perkongsian Keluarga yang anda merupakan pengelola, anda boleh menyediakan Masa Skrin untuk mereka menerusi Perkongsian Keluarga pada peranti anda.
Sebagai pengelola kumpulan Perkongsian Keluarga, apabila anda menyediakan akaun kanak-kanak, anda boleh menyediakan pengehadan kandungan, had komunikasi dan masa henti. Selepas akaun kanak-kanak disediakan, anda boleh menukar seting kawalan ibu bapa pada bila-bila masa dalam Seting > Masa Skrin. Lihat Sediakan peranti untuk anak dengan Perkongsian Keluarga pada iPad.
Nota: Untuk kanak-kanak di bawah 13 tahun, Keselamatan Komunikasi dan Jarak Skrin didayakan secara lalai dan Penapis Kandungan Web menyekat kandungan dewasa.
Sediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga
Pada peranti anda, pergi ke Seting > Masa Skrin.
Skrol ke bawah dan pilih ahli keluarga di bawah Keluarga.
Untuk menjadualkan masa henti bagi ahli keluarga anda, ikuti arahan dalam Jadualkan waktu rehat daripada skrin.
Jika anak anda meminta lebih masa skrin, anda boleh meluluskan atau menolak permintaan dalam Seting > Masa Skrin atau dalam Mesej.
Untuk mengesetkan had penggunaan app bagi ahli keluarga anda, ikuti arahan dalam Setkan had untuk penggunaan app.
Untuk memilih app dan kenalan bagi membenarkan ahli keluarga anda menggunakan sepanjang masa Pilih app dan kenalan untuk dibenarkan sepanjang masa.
Nota: Jika ahli keluarga anda memerlukan app kesihatan atau kebolehcapaian, pastikan ianya dibenarkan dalam senarai App Dibenarkan. Jika Mesej tidak sentiasa dibenarkan, ahli keluarga anda mungkin tidak dapat menghantar atau menerima mesej (termasuk untuk nombor dan kenalan kecemasan) semasa masa henti atau selepas had app telah luput.
Untuk membantu mengurangkan risiko miopia atau keletihan mata ahli keluarga anda, aktifkan Jarak Skrin.
Anda juga boleh melakukan mana-mana yang berikut untuk ahli keluarga:
Semak imej sensitif pada iPad ahli keluarga
Anda boleh menjadikan iPad ahli keluarga anda mengesan kebogelan dalam imej sebelum ia dihantar atau diterima dalam Mesej, AirDrop, Poster Kenalan, mesej FaceTime, app Foto dan app pihak ketiga yang menggunakan rangka kerja Keselamatan Komunikasi Apple. Jika kebogelan dikesan dalam imej, imej dikaburkan dan sumber disediakan untuk membantu anak anda mengendalikan situasi (tidak tersedia di semua negara atau rantau). Ciri ini tidak memberikan Apple akses kepada foto. Lihat artikel Sokongan Apple Perihal keselamatan komunikasi dalam Mesej.
Nota: Untuk kanak-kanak di bawah 13 tahun dalam kumpulan Perkongsian Keluarga, Keselamatan Komunikasi diaktifkan secara lalai.
Pada peranti anda, pergi ke Seting > Masa Skrin.
Skrol ke bawah dan ketik nama ahli keluarga anda.
Ketik Keselamatan Komunikasi, kemudian aktifkan Keselamatan Komunikasi.
Anda mungkin perlu memasukkan kod laluan Masa Skrin.
Nota: Apabila anda mengaktifkan Keselamatan Komunikasi, ia mengaktifkan Amaran Kandungan Sensitif dalam Seting > Privasi & Keselamatan. Lihat Terima amaran tentang kandungan sensitif pada iPad.
Sekat kandungan tidak sesuai pada peranti ahli keluarga
Anda boleh membantu memastikan yang kandungan pada peranti ahli keluarga anda sesuai dengan umur dengan mengehadkan penilaian eksplisit dalam Pengehadan Kandungan & Privasi.
Pada peranti ahli keluarga anda, pergi ke Seting > Masa Skrin.
Ketik Pengehadan Kandungan & Privasi, kemudian aktifkan Pengehadan Kandungan & Privasi.
Pilih pilihan kandungan dan privasi khusus.
Nota: Untuk melindungi pendengaran ahli keluarga anda, skrol ke bawah, ketik Kurangkan Bunyi Kuat, kemudian pilih Jangan Benarkan. (Ini menghalang perubahan kepada kelantangan fon kepala maksimum.) Lihat Kurangkan bunyi fon kepala kuat dalam Seting.
Nota: Untuk mengehadkan SharePlay dalam panggilan FaceTime, pergi ke Seting > Masa Skrin > Pengehadan Kandungan & Privasi > App & Ciri Dibenarkan, kemudian nyahaktifkan SharePlay. Untuk membenarkan SharePlay, aktifkannya.
Ketik di bahagian kiri atas.
Tambah atau tukar seting Masa Skrin untuk ahli keluarga kemudian
Untuk menambah atau menukar seting Masa Skrin kemudian, ikut langkah yang diterangkan dalam bahagian di atas.
Penting: Jika anda menyediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga pada peranti mereka (bukan menerusi Perkongsian Keluarga) dan anda terlupa kod laluan Masa Skrin, anda boleh menggunakan Apple ID anda untuk meresetnya. Namun, jika anda menyediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga pada peranti anda menerusi Perkongsian Keluarga dan anda terlupa kod laluan Masa Skrin, anda boleh meresetnya pada peranti anda menggunakan kod laluan peranti anda, Touch ID, atau Face ID.