Animasikan mesej pada iPad
Dalam app Mesej , anda boleh menganimasikan mesej tunggal dengan kesan gelembung atau isi keseluruhan perbualan dengan kesan skrin penuh (sebagai contoh, belon atau konfeti). Anda boleh menghantar mesej Digital Touch dan pada model yang disokong, anda boleh menghantar mesej Memoji beranimasi yang merakam suara anda dan mencerminkan mimik muka anda.
Anda memerlukan iMessage untuk menghantar dan menerima kesan mesej.
Animasikan gelembung mesej
Gunakan kesan untuk menganimasikan gelembung mesej: anda boleh menghantar mesej dengan Slam atau Lantang supaya ia kelihatan tiba-tiba, atau menggunakan Lembut supaya ia tiba secara lembut. Anda juga boleh menghantar mesej peribadi dengan Dakwat Halimunan yang kekal kabur sehingga penerima meleret untuk mendedahkannya.
Buka app Mesej pada iPad anda.
Dalam perbualan baharu atau sedia ada, taipkan mesej atau masukkan imej atau pautan.
Sentuh dan tahan , kemudian ketik titik kelabu untuk mempratonton kesan gelembung berlainan.
Ketik untuk menghantar mesej dengan kesan atau untuk membatalkan kesan dan kembali ke mesej anda.
Animasikan kesan ke atas skrin penuh
Anda boleh menghantar mesej dengan kesan skrin penuh—seperti laser yang bertenaga, lapu sorot yang bergerak, gelembung bergema—yang dimainkan apabila penerima anda mendapat mesej anda.
Buka app Mesej pada iPad anda.
Dalam perbualan baharu atau sedia ada, taipkan mesej atau masukkan foto atau Memoji.
Sentuh dan tahan , kemudian ketik Skrin.
Leret ke kiri untuk mempratonton kesan skrin berlainan.
Ketik untuk menghantar mesej atau untuk membatalkan kesan dan kembali ke mesej anda.
Mesej menggunakan kesan skrin yang berikut secara automatik untuk rentetan teks tertentu:
Belon untuk “Selamat hari lahir”
Konfeti untuk “Tahniah”
Bunga api untuk “Selamat Tahun Baharu”
Hantar Memoji beranimasi atau rakaman Memoji
Pada model disokong, anda boleh menghantar mesej Memoji yang merakam suara anda dan mencerminkan riak wajah anda.
Buka app Mesej pada iPad anda.
Mulakan mesej baharu atau buka perbualan, ketik , ketik Memoji, kemudian leret dan ketik untuk memilih Memoji.
Ketik untuk merakam ekspresi muka dan suara anda, kemudian ketik untuk berhenti.
Ketik butang Main Semula untuk menyemak mesej anda.
Ketik untuk menghantar mesej anda atau untuk membatalkannya.
Anda juga boleh mengambil gambar atau video diri anda sebagai Memoji, hiaskannya dengan pelekat, kemudian hantarkannya. Atau anda boleh menjadi Memoji dalam perbualan FaceTime.
Hantar kesan Digital Touch
Dengan Digital Touch, anda boleh menghantar lakaran beranimasi, ketikan, ciuman, denyutan jantung, serta banyak lagi, sendiri atau sebagai kesan pada foto atau video.
Buka app Mesej pada iPad anda.
Ketik , leret ke atas atau ketik Lagi, kemudian ketik Digital Touch.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Hantar gerak isyarat beranimasi: Ketik atau sentuh dan tahan dengan satu atau dua jari. Gerak isyarat anda dihantar secara automatik apabila anda menyelesaikannya.
Sentuh dan tahan titik warna untuk memilih warna bagi ketikan satu jari.
Nota: Jika anda mempunyai Apple Watch atau sensor lain yang merakam data denyutan jantung, Mesej mungkin menggunakan data dirakam apabila anda menyentuh dan menahan dengan dua jari untuk menghantar denyutan jantung.
Hantar lukisan beranimasi: Lukis dengan satu jari.
Anda boleh mengubah warna, kemudian mulakan melukis lagi.
Tambahkan kesan ke imej baharu: Ketik , kemudian ketik untuk mengambil foto atau untuk merakam video.
Untuk mengambil foto atau video baharu, atau memadam apa-apa yang anda lukis pada pratonton anda, ketik .
Ketik untuk menghantar lukisan atau imej anda, atau ketik untuk memadamkannya.
Untuk menghantar contengan beranimasi pada latar belakang putih, lihat Hantar mesej tulisan tangan atau conteng.
Hantar mesej tulisan tangan atau conteng
Gunakan jari anda untuk menulis mesej atau melukis conteng. Penerima melihat perkara yang anda tulis atau lukis, dicipta semula di hadapan mata mereka.
Buka app Mesej pada iPad anda.
Dalam perbualan, putar iPad ke orientasi landskap.
Ketik pada papan kekunci.
Tulis mesej dengan jari anda atau pilih mesej disimpan di bahagian bawah, kemudian ketik Selesai.
Ketik untuk menghantar mesej anda atau untuk membatalkannya.
Selepas anda mencipta dan menghantar mesej tulisan tangan, mesej disimpan di bahagian bawah skrin tulisan tangan. Untuk menggunakan mesej disimpan lagi, ketiknya. Untuk memadam mesej disimpan, sentuh dan tahan ia sehingga mesej bergoyang, kemudian ketik .
Untuk menghantar contengan pada latar belakang hitam, lihat Hantar kesan Digital Touch.