Semak cuaca pada iPad
Gunakan app Cuaca pada iPad anda untuk menyemak keadaan cuaca di lokasi semasa anda. Lihat ramalan jam akan datang dan ramalan 10 hari, lihat maklumat cuaca buruk dan banyak lagi.
Nota: Cuaca menggunakan Perkhidmatan Lokasi untuk mendapatkan ramalan untuk lokasi semasa anda. Untuk memastikan Perkhidmatan Lokasi diaktifkan, pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan > Perkhidmatan Lokasi > Cuaca. Aktifkan Lokasi Tepat untuk meningkatkan ketepatan ramalan di lokasi semasa anda.
Semak ramalan dan keadaan tempatan
Apabila anda membuka app Cuaca pada iPad anda, butiran untuk lokasi semasa anda ditunjukkan. Jika anda tidak melihatnya, ketik , kemudian ketik Lokasi Saya.
Leret ke atas untuk melihat butiran cuaca seperti:
Ramalan ikut jam: Leret paparan ikut jam ke kiri atau kanan.
Petua: Ketik ramalan ikut jam untuk melihat ramalan suhu ikut jam, peluang kerpasan, suhu tinggi dan rendah serta banyak lagi. Ketik untuk menukar keadaan cuaca yang dipaparkan. Leret ke kiri untuk melihat maklumat yang sama bagi hari-hari seterusnya.
Ramalan 10 hari: Lihat keadaan cuaca, peluang kerpasan, serta suhu tinggi dan rendah untuk hari akan datang.
Isyarat cuaca buruk: Lihat kemas kini untuk peristiwa cuaca seperti ribut musim sejuk dan banjir kilat (tidak tersedia di semua negara atau rantau). Ketik isyarat untuk membaca isyarat yang dikeluarkan oleh kerajaan.
News: Baca artikel berita apabila terdapat berita yang relevan dengan cuaca di lokasi tersebut (tidak tersedia di semua negara atau rantau).
Peta: Lihat peta yang memaparkan suhu, kerpasan, kualiti udara atau keadaan angin di kawasan. Ketik peta untuk melihatnya dalam skrin penuh atau untuk menukar paparan peta antara suhu, kerpasan, kualiti udara dan angin. Lihat Lihat peta cuaca pada iPad.
Kualiti udara: Lihat maklumat kualiti udara; ketik untuk melihat butiran tentang maklumat kesihatan dan bahan cemar (tidak tersedia di semua negara atau rantau).
Nota: Skala kualiti udara kelihatan di atas ramalan ikut jam apabila kualiti udara mencapai paras tertentu untuk lokasi tersebut. Untuk sesetengah lokasi, skala kualiti udara sentiasa kelihatan di atas ramalan setiap jam.
Butiran cuaca tambahan: Lihat maklumat cuaca tambahan seperti indeks UV, angin, keterlihatan, fasa bulan dan banyak lagi. Ketik butiran cuaca untuk lebih banyak ramalan dan maklumat khusus untuk butiran tersebut.
Petua: Butiran cuaca Purata menunjukkan perbandingan suhu atau kerpasan hari ini dengan purata sejarah; ketiknya untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Untuk mengetahui tentang sumber data untuk app Cuaca, lihat artikel Sokongan Apple, Ketersediaan ciri dan sumber data dalam app Cuaca.
Sesuaikan unit cuaca
Anda boleh menukar unit pengukuran untuk memaparkan data cuaca, seperti Fahrenheit atau Celsius untuk suhu, atau batu sejam, kilometer sejam, knot atau Beaufort untuk angin.
Buka app Cuaca pada iPad anda, kemudian ketik atau putarkan iPad anda ke paparan landskap untuk memaparkan bar sisi.
Ketik , ketik Unit, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Tukar unit suhu: Ketik Fahrenheit, Celsius atau “Gunakan seting sistem”.
Tukar unit angin, kerpasan, tekanan atau jarak: Ketik anak panah bersebelahan unit pengukuran semasa, kemudian pilih pilihan.
Nota: Jarak keterlihatan merujuk kepada sejauh mana anda boleh melihat objek seperti bangunan dan bukit.
Hantar laporan tentang cuaca
Anda boleh melaporkan cuaca di lokasi anda jika cuaca tidak sepadan dengan yang ditunjukkan dalam app Cuaca.
Buka app Cuaca pada iPad anda, kemudian ketik atau putarkan iPad anda ke paparan landskap untuk memaparkan bar sisi.
Ketik , kemudian ketik Laporkan Isu.
Ketik pilihan yang terbaik untuk menerangkan keadaan cuaca di lokasi anda, kemudian ketik Hantar.
Maklumat yang anda kongsi dengan Apple tidak dikaitkan dengan Apple ID anda.