Sediakan kawalan ibu bapa dengan Perkongsian Keluarga pada iPad
Dengan Perkongsian Keluarga, pengelola, atau orang dewasa lain yang telah ditentukan sebagai ibu bapa/penjaga, boleh menyediakan kawalan ibu bapa untuk kanak-kanak dalam kumpulan Perkongsian Keluarga. Anda boleh menggunakan Masa Skrin untuk mengurus cara anak anda menggunakan peranti Apple mereka. Anda juga boleh mengaktifkan Minta untuk Beli supaya kanak-kanak mesti menerima kelulusan untuk pembelian atau muat turun percuma.
Ketahui tentang jenis ahli Perkongsian Keluarga.
Sesuaikan kawalan ibu bapa semasa persediaan
Apabila anda menambahkan anak ke kumpulan Perkongsian Keluarga anda atau menyediakan peranti untuk anak, anda boleh menyesuaikan kawalan ibu bapa sejak mula. Anda boleh menukar seting tersebut bila-bila masa.
Ikuti arahan atas skrin semasa persediaan untuk menambahkan mana-mana yang berikut:
Pengehadan berkaitan umur untuk kandungan dalam app, buku, rancangan TV dan filem
Masa henti dan had untuk app khusus
Pengehadan untuk orang yang boleh berkomunikasi dengan anak anda
Kelulusan untuk pembelian atau muat turun percuma
Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan kawalan ibu bapa pada iPhone, iPad dan iPod touch anak anda.
Terima amaran tentang kandungan sensitif
Masa Skrin boleh menyemak sama ada anda atau ahli keluarga lain telah menerima atau menghantar sebarang foto atau video eksplisit secara seksual. Lihat Semak foto sensitif dalam Mesej dan AirDrop pada peranti ahli keluarga.
Anda juga boleh menyekat kandungan sensitif dan mengeset pengehadan pada pembelian. Lihat Sekat kandungan tidak sesuai pada peranti ahli keluarga.
Sediakan Masa Skrin untuk anak
Masa Skrin membenarkan anda mengurus seting untuk masa henti, penggunaan app, kandungan, penilaian kandungan dan banyak lagi. Untuk menggunakan Masa Skrin, anak anda mesti menggunakan peranti yang layak. Lihat bahagian Masa Skrin dalam artikel Sokongan Apple Keperluan Sistem untuk iCloud.
Pergi ke Seting > Keluarga > [nama anak] > Masa Skrin.
Ketik anak yang anda mahu sediakan Masa Skrin.
Ketik Masa Skrin, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Tukar pengehadan untuk pembelian iTunes & App Store: Ketik pembelian iTunes & App Store, kemudian pilih pilihan untuk pembelian dan muat turun daripada iTunes Store dan App Store.
Tukar akses kepada app dan ciri: Ketik App & Ciri Dibenarkan, kemudian nyahaktifkan sebarang app atau ciri yang anda mahu hadkan. Jika anda menyahaktifkan app, ia tidak dipadamkan; ia disembunyikan buat sementara daripada Skrin Utama anda sehingga anda mengaktifkannya semula.
Tukar penilaian dan pengehadan untuk kandungan Kedai, Web, Siri dan Game Center: Ketik Kandungan Kedai, Web, Siri & Game Center, kemudian pilih pilihan untuk penilaian dan akses kandungan yang sesuai dengan umur.
Untuk mendapatkan maklumat tentang seting Masa Skrin, lihat Sediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga pada iPad.
Untuk mengetahui lanjut tentang perbezaan pengehadan kandungan dan privasi, lihat artikel Sokongan Apple Gunakan kawalan ibu bapa pada iPhone, iPad dan iPod touch anak anda.
Jika anak anda meminta lebih banyak masa skrin, anda boleh meluluskan atau menolak permintaan dalam Seting > Masa Skrin atau dalam Mesej .
Aktifkan Minta untuk Beli
Apabila anda menyediakan Minta untuk Beli, pembelian anak mesti diluluskan oleh pengelola keluarga atau ibu bapa atau penjaga dalam kumpulan keluarga.
Pergi ke Seting > Keluarga.
Ketik anak yang anda mahu sediakan Minta untuk Beli.
Ketik Minta untuk Beli, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Lihat artikel Sokongan Apple Luluskan perkara yang dibeli oleh anak dengan Minta untuk Beli.
Nota: Pengehadan umur untuk Minta untuk Beli berbeza mengikut rantau. Di Amerika Syarikat, pengelola keluarga boleh mengaktifkan Minta untuk Beli untuk mana-mana ahli keluarga yang berusia bawah 18 tahun; untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, ia aktif secara lalai.
Anda juga boleh menyediakan akaun Apple Cash Keluarga untuk anak. Lihat Gunakan Apple Cash dan Apple Card dengan Perkongsian Keluarga pada iPad (A.S. sahaja).