Sediakan Fokus pada iPad
Fokus ialah ciri yang membantu anda menumpukan perhatian pada tugas dengan meminimumkan gangguan. Apabila anda mahu menumpukan perhatian pada aktiviti tertentu, anda boleh menyesuaikan salah satu pilihan Fokus yang disediakan—contohnya, Bekerja, Peribadi, atau Tidur—atau mencipta Fokus Tersuai. Fokus boleh menyenyapkan semua pemberitahuan buat sementara—atau membenarkan pemberitahuan tertentu sahaja (contohnya pemberitahuan yang berkenaan dengan tugas anda)—dan memberitahu orang lain dan app bahawa anda sibuk. Lihat Benarkan atau senyapkan pemberitahuan untuk Fokus pada iPad.
Sama juga, anda boleh menyesuaikan halaman Skrin Utama yang hanya mempunyai app yang berkaitan dengan Fokus dan menjadikan halaman sebagai Skrin Utama anda semasa Fokus anda. iPad juga mencadangkan Skrin Utama dengan app dan widget yang relevan dengan Fokus yang anda sediakan.
Petua: Untuk menyenyapkan semua pemberitahuan dengan cepat, buka Pusat Kawalan, ketik Fokus, kemudian aktifkan Jangan Ganggu.
Sediakan Fokus
Apabila anda menyediakan Fokus, anda boleh memilih app dan orang yang anda mahu menerima pemberitahuan. Contohnya, anda boleh menyediakan Fokus Bekerja dan hanya benarkan pemberitahuan daripada rakan sekerja dan app yang anda gunakan untuk kerja.
Pergi ke Seting
> Fokus, kemudian ketik Fokus—contohnya Peribadi, Tidur, atau Bekerja.
Untuk Fokus yang anda pilih, anda boleh menyediakan pilihan yang diterangkan dalam langkah di bawah, tetapi anda tidak perlu menyediakan semuanya.
Tentukan app dan orang yang boleh menghantar pemberitahuan kepada anda semasa Fokus anda. Lihat Senyapkan atau benarkan pemberitahuan untuk Fokus.
Ketik Pilihan, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Tunjukkan pemberitahuan yang disenyapkan pada Skrin Kunci atau hantarnya ke Pusat Pemberitahuan: Aktifkan atau nyahaktifkan Tunjukkan pada Skrin Kunci.
Gelapkan Skrin Kunci semasa Fokus ini: Aktifkan Malapkan Skrin Kunci.
Sembunyikan lencana pemberitahuan pada app Skrin Utama: Aktifkan Sembunyikan Lencana Pemberitahuan.
Apabila anda selesai memilih pilihan, ketik
di bahagian atas skrin.
Untuk memilih halaman Skrin Utama untuk digunakan dengan Fokus ini, ketik Skrin Utama mini di bawah Sesuaikan Skrin, pilih skrin, ketik Selesai, kemudian ketik
.
Untuk membuat perubahan pada Skrin Utama bagi menyesuaikannya dengan lebih lanjut untuk Fokus anda, lihat Alihkan app dan widget pada Skrin Utama.
Untuk berkongsi Fokus anda merentas peranti Apple anda, aktifkan Kongsi Merentas Peranti (anda mesti didaftar masuk dengan Apple ID sama pada semua peranti anda).
Selepas menyediakan Fokus, anda boleh kembali ke Seting > Fokus pada bila-bila masa dan tukar mana-mana pilihan yang anda pilih di atas.
Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan Fokus dalam Pusat Kawalan, atau menjadualkannya untuk diaktifkan secara automatik.
Apabila anda menyediakan Fokus Tidur, ia mengikuti jadual Tidur yang anda setkan pada iPhone. Untuk menambah atau mengedit jadual tidur anda, buka app Kesihatan pada iPhone, ketik Layari, kemudian ketik Tidur.
Tambah penapis Fokus
Semasa anda menyediakan Fokus, anda boleh menambah penapis app yang menentukan maklumat app yang akan ditunjukkan semasa Fokus. Contohnya, anda boleh menentukan akaun mel atau kalendar untuk digunakan semasa Fokus.
Pergi ke Seting > Fokus, kemudian ketik Fokus yang anda mahu tambahkan penapis.
Ketik Tambah Penapis (di bawah Fokus Penapis).
Ketik app, ketik Pilih, kemudian pilih maklumat daripada app yang anda mahu lihat semasa Fokus:
Kalendar: Pilih kalendar yang anda mahu tunjukkan semasa Fokus.
Mail: Pilih akaun mel yang anda mahu gunakan semasa Fokus.
Mesej: Pilih perbualan mesej yang anda mahu lihat semasa Fokus—contohnya, hanya perbualan daripada orang yang anda benarkan pemberitahuan semasa Fokus ini.
Safari: Pilih Kumpulan Tab yang anda mahu gunakan semasa Fokus.
Ketik Tambah untuk menambah penapis ke Fokus.
Cipta Fokus Tersuai
Jika anda mahu menumpukan perhatian pada aktiviti yang berlainan daripada sebarang pilih Fokus yang disediakan, anda boleh mencipta Fokus Tersuai.
Pergi ke Seting
> Fokus.
Ketik
di bahagian kanan atas, kemudian ketik Tersuai.
Masukkan nama baharu untuk Fokus anda, kemudian ketik Balik.
Pilih warna dan ikon untuk mewakili Fokus anda, kemudian ketik Seterusnya.
Sesuaikan sebarang pilihan yang disenaraikan dalam langkah 3 daripada Sediakan Fokus di atas.
Pastikan seting Fokus anda dikemas kini merentas semua peranti Apple anda
Anda boleh menggunakan seting Fokus yang sama pada semua peranti Apple yang anda daftar masuk dengan Apple ID yang sama.
Pergi ke Seting
> Fokus.
Aktifkan Kongsi Merentas Peranti.