Gunakan kunci laluan untuk mendaftar masuk ke app dan tapak web pada iPad
Anda boleh mencipta dan menyimpan kunci laluan untuk menggantikan kata laluan yang anda gunakan untuk mendaftar masuk ke app dan tapak web disokong pada iPad anda.
Kunci laluan adalah lebih selamat daripada kata laluan, kerana ia dijana secara unik untuk setiap akaun oleh peranti anda sendiri dan lebih kurang terdedah kepada memancing data. Kunci laluan juga berfungsi pada semua peranti anda yang didaftar masuk dengan Apple ID yang sama.
Seperti kata laluan, kunci laluan disulitkan dan disimpan dalam Rantai Kunci iCloud anda di mana ia tidak kelihatan kepada sesiapa (termasuk Apple).
Nota: Untuk menggunakan kunci laluan, iOS 16, iPadOS 16, macOS 13 atau tvOS 16 (atau lebih baharu) diperlukan. Rantai Kunci iCloud dan pengesahan dua faktor juga mesti diaktifkan.
Cipta dan simpan kunci laluan menggunakan iPad anda
Anda boleh mencipta dan menyimpan kunci laluan untuk app dan tapak web yang menyokongnya.
Nota: Arahan untuk mencipta dan menyimpan kunci laluan boleh berbeza bergantung pada app, tapak web atau pelayan, tetapi arahan biasanya merangkumi langkah yang serupa dengan langkah di bawah.
Pada iPad anda, pergi ke skrin daftar masuk untuk tapak web atau app disokong dan lakukan salah satu daripada berikut:
Jika anda menyediakan akaun baharu: Ketik butang atau pautan untuk menyediakan akaun baharu, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Jika anda telah mempunyai akaun sedia ada: Daftar masuk nama dan kata laluan akaun anda, kemudian pergi ke skrin seting akaun atau pengurusan.
Apabila anda melihat pilihan untuk menyimpan kunci laluan bagi akaun, ketik Teruskan.
Kunci laluan anda disimpan.
Nota: Jika anda tidak melihat pilihan kunci laluan, itu bermakna app atau tapak web tidak menyokong kunci laluan buat masa ini.
Kunci laluan yang anda cipta disimpan pada iPad anda di Seting > Kata Laluan.
Anda boleh mempunyai kunci laluan dan kata laluan untuk app atau tapak web yang sama, serta menemuinya di bawah akaun yang sama dalam Seting > Kata Laluan.
Anda juga boleh menyimpan kunci laluan ke kunci keselamatan perkakasan. Ketik “Pilihan lain”, “Simpan ke peranti lain”, atau serupa (jika tersedia), kemudian ikuti arahan atas skrin untuk menyimpan kunci laluan. Lihat Gunakan kunci keselamatan untuk mendaftar masuk ke akaun Apple ID anda pada iPad.
Gunakan kunci laluan untuk mendaftar masuk ke tapak web atau app pada iPad anda
Selepas anda mencipta dan menyimpan kunci laluan untuk tapak web atau app, anda boleh menggunakan kunci laluan pada bila-bila masa anda mendaftar masuk.
Nota: Arahan untuk mendaftar masuk dengan kunci laluan boleh berbeza bergantung pada app, tapak web atau pelayan, tetapi arahan biasanya merangkumi langkah yang serupa dengan langkah di bawah.
Pada iPad anda, pergi ke tapak web atau app dan ketik medan nama akaun pada skrin daftar masuk.
Ketik nama akaun dicadangkan yang kelihatan di bahagian bawah skrin atau berdekatan bahagian atas papan kekunci. Jika nama akaun tidak kelihatan atau anda mahu menggunakan nama berbeza, masukkannya.
Gunakan Face ID atau Touch ID untuk melengkapkan daftar masuk. Jika anda tidak menyediakan Face ID atau Touch ID pada iPad anda, masukkan kod laluan peranti anda (kod yang anda gunakan untuk membuka kunci iPad anda).
Kunci laluan yang anda masukkan melengkapkan daftar masuk secara automatik.
Gunakan kunci laluan yang disimpan pada iPad anda untuk mendaftar masuk pada peranti lain
Jika anda menggunakan peranti yang tidak dikaitkan dengan Apple ID anda (seperti komputer di perpustakaan awam, kafe internet atau rumah rakan) dan anda membawa iPad, anda boleh mendaftar masuk ke app atau tapak web pada peranti tersebut menggunakan kunci laluan yang anda cipta untuknya.
Nota: Arahan untuk menggunakan kunci laluan pada peranti lain boleh berbeza bergantung pada app, tapak web atau pelayan, tetapi arahan biasanya merangkumi langkah yang serupa dengan langkah di bawah.
Pada peranti lain, pergi ke tapak web atau app dan masukkan nama pengguna anda dalam medan nama akaun pada skrin daftar masuk.
Pilih “Pilihan lain”, “Kunci laluan daripada peranti berdekatan”, atau yang serupa, kemudian ikuti arahan atas skrin untuk memaparkan kod QR pada skrin.
Gunakan kamera iPad anda untuk mengimbas kod QR.
Kunci laluan yang disimpan ke Rantai Kunci iCloud melengkapkan daftar masuk secara automatik.
Cipta kunci laluan pada peranti yang bukan milik anda
Jika anda mempunyai iPad, anda boleh mencipta kunci laluan semasa menggunakan peranti yang tidak dikaitkan dengan Apple ID anda (seperti komputer di perpustakaan awam, kafe internet atau rumah rakan) dan menyimpannya ke Rantai Kunci iCloud dan bukannya peranti yang anda gunakan untuk mencipta kunci laluan.
Nota: Arahan untuk mencipta kunci laluan boleh berbeza bergantung pada app, tapak web atau pelayan, tetapi arahan biasanya merangkumi langkah yang serupa dengan langkah di bawah.
Pada peranti lain, pergi ke halaman daftar masuk untuk tapak web atau app disokong, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Jika anda menyediakan akaun baharu: Ketik butang atau pautan untuk menyediakan akaun baharu, kemudian masukkan nama baharu.
Jika anda telah mempunyai akaun: Daftar masuk nama dan kata laluan akaun anda, kemudian pergi ke skrin seting akaun atau pengurusan.
Apabila anda melihat pilihan untuk menyimpan kunci laluan bagi akaun, pilih “Pilihan lain”, “Simpan pada peranti lain” atau yang serupa (dan bukannya Teruskan).
Nota: Jika anda tidak melihat pilihan kunci laluan, itu bermakna app atau tapak web tidak menyokong kunci laluan buat masa ini.
Pilih “Simpan kunci laluan pada peranti dengan kamera” atau yang serupa, kemudian ikuti arahan atas skrin untuk memaparkan kod QR pada skrin.
Gunakan kamera iPad anda untuk mengimbas kod QR dengan kamera anda.
Kunci laluan disimpan ke iPad dan Rantai Kunci iCloud anda.
Tukar kunci laluan
Anda mungkin perlu mencipta kunci laluan baharu untuk menggantikan yang sedia ada (jika, contohnya, anda telah berkongsinya sebelum ini dengan seseorang yang anda tidak lagi mahu berikan akses).
Untuk menukar kunci laluan, ikuti langkah untuk akaun sedia ada dalam Cipta dan simpan kunci laluan menggunakan iPad anda atau Cipta kunci laluan pada peranti yang bukan milik anda.
Padam kunci laluan
Pergi ke Seting > Kata Laluan, kemudian ketik akaun untuk kunci laluan yang anda mahu padamkan.
Ketik Padam Kunci Laluan.
Jika anda memadamkan kunci laluan, anda boleh mencipta kunci baharu pada bila-bila masa.