Edit foto dan video pada iPad
Selepas anda mengambil foto atau video, gunakan alat dalam app Foto untuk mengeditnya pada iPad anda. Anda boleh melaraskan cahaya dan warna, pangkas, putar, tambah penapis dan banyak lagi. Jika anda tidak menyukai rupa perubahan anda, ketik Batal untuk kembali kepada asal.
Apabila anda menggunakan Foto iCloud, sebarang pengeditan yang anda lakukan disimpan merentas semua peranti anda.
Laraskan cahaya dan warna
Ketik imej kecil foto atau video untuk melihatnya dalam skrin penuh.
Jika anda mengedit video atau syot foto dalam mod Potret, ketik pada sebelah kiri skrin.
Ketik Edit, kemudian leret ke atas di sebelah kanan skrin untuk melihat kesan yang anda boleh edit seperti Pendedahan, Kegemerlapan, Serlahan dan Bayang.
Ketik kesan yang anda mahu edit, kemudian seret gelangsar untuk membuat pelarasan tepat.
Paras pelarasan yang anda lakukan untuk setiap kesan ditandakan oleh garis kasar di sekeliling butang, supaya anda boleh melihat sekali imbas kesan yang ditingkatkan atau dikurangkan. Ketik butang kesan untuk togol antara kesan diedit dan yang asal.
Ketik Selesai untuk menyimpan pengeditan anda, atau jika anda tidak menyukai perubahan anda, ketik Batal, kemudian ketik Buang Perubahan.
Petua: Ketik untuk mengedit foto dan video anda dengan kesan secara automatik.
Gunakan kesan penapis
Ketik imej kecil foto atau video untuk melihatnya dalam skrin penuh.
Ketik Edit, kemudian ketik di sebelah kiri skrin.
Ketik penapis di sebelah kanan skrin, kemudian seret gelangsar untuk melaraskan kesan.
Untuk membandingkan foto diedit dengan foto asal, ketik foto.
Ketik Selesai untuk menyimpan pengeditan anda, atau jika anda tidak menyukai perubahan anda, ketik Batal, kemudian ketik Buang Perubahan.
Pangkas, putar, balikkan, atau tandakan foto atau video
Ketik imej kecil foto atau video untuk melihatnya dalam skrin penuh.
Ketik Edit, ketik di sebelah kiri skrin, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Pangkas secara manual: Seret penjuru segi empat tepat untuk mengurung kawasan yang anda mahu simpan dalam foto, atau anda boleh cubit buka atau tutup foto.
Pangkas ke nisbah praset standard: Ketik di bahagian atas skrin, kemudian pilih pilihan di bahagian bawah skrin seperti petak, 9:16, atau 5:7.
Putar: Ketik untuk memutarkan foto 90 darjah.
Balikkan: Ketik untuk membalikkan imej secara mendatar.
Ketik Selesai untuk menyimpan pengeditan anda, atau jika anda tidak menyukai perubahan anda, ketik Batal, kemudian ketik Buang Perubahan.
Untuk memangkas foto dengan cepat semasa anda melihatnya, cubit foto untuk zum masuk. Apabila foto kelihatan seperti yang anda mahu ia dipangkas, ketik Pangkas di penjuru kanan atas skrin. Buat lebih pelarasan dengan alat pangkas, kemudian ketik Selesai.
Luruskan dan laraskan perspektif
Ketik imej kecil foto atau video untuk melihatnya dalam skrin penuh.
Ketik Edit, ketik di sebelah kiri skrin, kemudian ketik butang kesan yang anda mahu edit di sebelah kanan skrin: Luruskan, Menegak, atau Mendatar.
Seret gelangsar untuk melaraskan kesan.
Paras pelarasan yang anda lakukan untuk setiap kesan dipaparkan oleh garis kasar di sekeliling butang, supaya anda boleh melihat sekali imbas kesan yang ditingkatkan atau dikurangkan. Ketik butang untuk togol antara kesan diedit dan yang asal.
Ketik Selesai untuk menyimpan pengeditan anda, atau jika anda tidak menyukai perubahan anda, ketik Batal, kemudian ketik Buang Perubahan.
Buat asal dan buat semula pengeditan
Semasa anda mengedit foto atau video, ketik dan di bahagian atas skrin untuk membuat asal dan membuat semula berbilang langkah pengeditan.
Petua: Anda boleh mengetik foto atau video untuk membandingkan versi diedit dengan asal.
Salin dan tampal pengeditan pada berbilang foto
Anda boleh menyalin pengeditan yang anda lakukan pada satu foto (atau video) dan menampalnya pada foto lain, atau kelompok foto, semua sekali.
Buka foto atau video yang mengandungi pengeditan anda mahu salin.
Ketik , kemudian ketik Salin Pengeditan.
Ketik untuk kembali ke pustaka anda.
Ketik Pilih, kemudian ketik imej kecil foto yang anda mahu tampal pengeditan. Atau buka foto atau video tunggal.
Ketik di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Tampal Pengeditan.
Nota: Foto menyelaraskan imbangan putih dan pendedahan foto yang diedit secara automatik untuk mencipta padanan yang lebih baik dan menjadikan foto kelihatan lebih serupa.
Tukar foto atau video yang diedit
Selepas anda mengedit foto atau video dan menyimpan perubahan, anda boleh bertukar kembali kepada asal.
Buka foto atau video yang diedit, kemudian ketik .
Ketik Tukar ke Asal.
Tukar tarikh, masa, atau lokasi
Anda boleh menukar tarikh, masa dan lokasi yang disimpan dalam maklumat metadata foto atau video. Lihat Lihat maklumat foto dan video.
Buka foto atau video, kemudian ketik .
Ketik Laraskan Tarikh & Masa atau Laraskan Lokasi.
Masukkan maklumat baharu, kemudian ketik Laraskan.
Untuk menukar tarikh, masa, atau lokasi kelompok foto, ketik Pilih, ketik imej kecil yang anda mahu tukar, kemudian ikuti langkah di atas.
Anda boleh menukar foto atau video ke tarikh, masa, atau lokasi asalnya. Ketik , ketik Laraskan Tarikh & Masa atau Laraskan Lokasi, ketik Tukar.
Tambah pelekat, teks dan banyak lagi ke foto
Ketik foto untuk melihatnya dalam skrin penuh.
Ketik Edit, kemudian ketik .
Ketik untuk menambah pelekat, kapsyen, teks, bentuk, atau tandatangan anda.
Ketik Selesai untuk menyimpan pengeditan anda, atau jika anda tidak menyukai perubahan anda, ketik Batal.