Gunakan Kawalan Suis pada iPad untuk memilih item, melaksanakan tindakan dan banyak lagi
Selepas anda menyediakan dan mengaktifkan Kawalan Suis, anda boleh memilih item pada skrin dengan melakukan mana-mana yang berikut:
Mod item: Kursor menyerlahkan item atau kumpulan item mengikut jujukan. Ini ialah kaedah lalai apabila anda mengaktifkan Kawalan Suis buat kali pertama dan pada bila-bila masa menu Pengimbas kelihatan.
Kursor meluncur: Anda memilih titik pada skrin menggunakan rambut silang pengimbasan. Kaedah ini berguna apabila anda perlu memilih titik khusus, seperti dalam Peta, atau pada skrin dengan banyak item.
Penjejakan kepala: Pada model disokong, anda boleh menggerakkan kepala anda (dijejak oleh kamera pandang depan) untuk mengawal kursor pada skrin. Kaedah ini berguna apabila anda perlu memilih titik khusus, seperti dalam Peta, atau pada skrin dengan banyak item.
Apabila kursor berada pada item yang anda mahukan, menu Pengimbas dibuka untuk menunjukkan tindakan yang tersedia seperti ketik, skrol, kawal kelantangan dan banyak lagi.
Gunakan mod item untuk memilih item dan melaksanakan tindakan
Bergantung pada gaya imbasan yang anda gunakan, lakukan salah satu daripada yang berikut:
Jika menggunakan Imbasan Auto: Lihat atau dengar semasa kumpulan item diserlahkan mengikut jujukan.
Jika menggunakan Imbasan Manual: Aktifkan suis Beralih ke Item Seterusnya anda untuk menavigasi menerusi kumpulan item pada skrin.
Jika menggunakan Imbasan Langkah Suis Tunggal: Aktifkan suis Beralih ke Item Seterusnya anda untuk menavigasi menerusi kumpulan item pada skrin.
Apabila kumpulan yang anda mahukan diserlahkan, lakukan salah satu daripada berikut:
Jika menggunakan Imbasan Auto: Aktifkan suis Pilih Item anda.
Jika menggunakan Imbasan Manual: Aktifkan suis Pilih Item anda.
Jika menggunakan Imbasan Langkah Suis Tunggal: Tunggu sehingga kumpulan semasa dipilih secara automatik.
Ulang langkah 1 dan 2 untuk mengimbas dan memilih item dalam kumpulan.
Ulang langkah 1 dan 2 untuk mengimbas dan memilih tindakan dalam menu Pengimbas. Titik di bahagian bawah menu menyediakan lebih pilihan.
Untuk menutup menu Pengimbas tanpa memilih tindakan, aktifkan suis Pilih Item anda semasa item asal diserlahkan dan semua ikon dalam menu dimalapkan.
Gunakan kursor meluncur untuk memilih titik
Secara lalai, Kawalan Suis dimulakan dalam mod item. Untuk menggunakan kursor meluncur, lakukan yang berikut:
Gunakan mod item untuk memilih sebarang item, kemudian pilih Kursor Meluncur (dalam menu Pengimbas).
Untuk meletakkan posisi rerambut silang menegak, aktifkan suis Pilih Item anda apabila jalur menegak lebar berada di atas item yang anda mahukan.
Aktifkan suis Pilih Item anda lagi apabila jalur menegak halus berada di atas item.
Untuk meletakkan posisi rerambut silang mendatar, aktifkan suis Pilih Item anda apabila jalur mendatar lebar berada di atas item yang anda mahukan.
Aktifkan suis Pilih Item anda lagi apabila jalur mendatar halus berada di atas item.
Dalam menu Pengimbas, pilih tindakan yang anda mahukan, kemudian aktifkan suis Pilih Item anda.
Untuk kembali ke mod item, buka menu Pengimbas, kemudian pilih Mod Item.
Sediakan penjejakan kepala
Pada iPad dengan Face ID, anda boleh menggerakkan kepala anda untuk mengawal penuding pada skrin. Anda juga boleh menetapkan tindakan kepada riak wajah, seperti senyuman atau bulu kening terangkat.
Untuk menyediakan penjejakan kepala, lakukan yang berikut:
Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > Kawalan Suis > Suis, kemudian pastikan anda telah menyediakan suis.
Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Kawalan Suis > Penjejakan Kepala, aktifkan Penjejakan Kepala, kemudian setkan mana-mana pilihan ini:
Tetapkan tindakan untuk ekspresi muka: Setiap riak wajah boleh melakukan tindakan berbeza dan memerlukan tahap riak wajah yang berbeza.
Pilih cara penuding menjejak pergerakan kepala anda: Ketik Mod Penjejakan, kemudian pilih Dengan Muka, Apabila Menghadap Pinggir Skrin, atau Relatif kepada Kepala.
Laraskan kelajuan penuding: Ketik
atau
.
Gunakan penjejakan kepala
Untuk menggunakan penjejakan kepala, lakukan yang berikut:
Gunakan mod item untuk memilih sebarang item, kemudian pilih Penjejakan Kepala (dalam menu Pengimbas).
Gerakkan kepala anda untuk menempatkan kursor di lokasi yang anda mahukan, kemudian aktifkannya menggunakan suis Pilih Item atau riak wajah anda.
Dalam menu Pengimbas, pilih tindakan yang anda mahukan, kemudian aktifkan suis Pilih Item atau riak wajah anda.
Untuk kembali ke mod item, buka menu Pengimbas, kemudian pilih Mod Item.