Langgan Apple TV+, MLS Season Pass atau saluran Apple TV pada iPad
Dalam app Apple TV , anda boleh melanggan Apple TV+, MLS Season Pass dan saluran Apple TV. Apple TV+ ialah perkhidmatan penstriman langganan yang menampilkan Apple Originals—siri yang memenangi anugerah, drama yang menarik, dokumentari yang mengagumkan, hiburan kanak-kanak, komedi dan banyak lagi—dengan item baharu ditambah setiap bulan.
MLS Season Pass ialah perkhidmatan penstriman langganan yang menampilkan setiap perlawanan untuk musim Major League Soccer, semuanya di satu tempat, dengan masa perlawanan yang konsisten dan tanpa terputus hubungan.
Langgan saluran Apple TV seperti Paramount+, Starz dan lain-lain untuk mendapatkan rancangan yang anda mahu, tanpa memuat turun sebarang app.
Langganan memberikan anda akses kepada kandungan atas permintaan pada iPhone, iPad, Mac, Apple TV, serta TV pintar dan peranti penstriman yang disokong. Anda juga boleh memuat turun kandungan untuk ditonton di luar talian pada iPhone, iPad dan Mac.
Anda boleh memilih untuk mempakejkan langganan Apple TV+ anda dengan perkhidmatan Apple lain dengan melanggan Apple One. Lihat artikel Sokongan Apple Pakejkan langganan Apple dengan Apple One.
Nota: Apple TV+, MLS Season Pass, saluran Apple TV dan Apple One tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Langgan Apple TV+
Ketik Apple TV+ dalam bar sisi, kemudian ketik butang langganan.
Semak percubaan percuma (jika layak) dan butiran langganan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Langgan MLS Season Pass
Ketik MLS Season Pass dalam bar sisi, kemudian ketik butang langganan.
Semak butiran percubaan, ketik pilihan langganan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Langgan saluran dan app Apple TV
Ketik Kedai dalam bar sisi, kemudian skrol ke bawah ke baris Tambah Saluran & App.
Leret kiri untuk melayari, kemudian ketik item.
Ketik butang langganan, semak percubaan percuma (jika layak) dan butiran langganan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Saluran dan app anda kelihatan dalam baris Saluran & App dalam tab Laman Utama merentas semua peranti anda yang anda daftar masuk dengan Apple ID anda.
Untuk membatalkan sambungan app penstriman disokong, ketik gambar atau parap anda di bahagian kiri bawah bar sisi, ketik App Bersambung, kemudian ketik butang bersebelahan app penstriman untuk memutuskan sambungannya.
Tukar atau batalkan langganan Apple TV+, MLS Season Pass atau saluran Apple TV anda
Dalam bar sisi, ketik gambar atau parap anda di kiri bawah.
Ketik Urus Langganan.
Ikuti arahan atas skrin untuk menukar atau membatalkan langganan anda.
Kongsi Apple TV+, MLS Season Pass dan saluran Apple TV dengan ahli keluarga
Apabila anda melanggan Apple TV+, MLS Season Pass, saluran Apple TV atau Apple One, anda boleh menggunakan Perkongsian Keluarga untuk berkongsi langganan anda dengan sehingga lima ahli keluarga lain. Ahli kumpulan keluarga anda tidak perlu melakukan apa-apa— langganan dikongsi tersedia untuk mereka pada kali pertama mereka membuka app Apple TV selepas langganan anda bermula.
Jika anda menyertai kumpulan keluarga yang melanggan Apple TV+, MLS Season Pass, saluran Apple TV, atau Apple One dan anda telah melanggan, langganan anda tidak diperbaharui pada tarikh pengebilan anda yang seterusnya; sebaliknya, anda menggunakan langganan kumpulan tersebut. Jika anda menyertai kumpulan keluarga yang tidak melanggan, kumpulan itu menggunakan langganan anda.
Nota: Untuk berhenti berkongsi langganan anda dengan kumpulan keluarga, anda boleh membatalkan langganan, meninggalkan atau mengeluarkan ahli daripada kumpulan Perkongsian Keluarga, atau (jika anda pengelola kumpulan keluarga) berhenti menggunakan Perkongsian Keluarga.