Gunakan Kawalan Suara untuk berinteraksi dengan iPad
Anda boleh mengawal iPad dengan hanya suara anda. Sebutkan perintah untuk melaksanakan gerak isyarat, berinteraksi dengan elemen skrin, rencanakan dan edit teks serta banyak lagi.
Nota: Kawalan Suara tersedia untuk bahasa disokong. Lihat Tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS.
Sediakan Kawalan Suara
Sebelum anda mengaktifkan Kawalan Suara untuk kali pertama, pastikan iPad disambungkan ke internet melalui rangkaian Wi-Fi. Selepas iPad menyelesaikan muat turun fail sekali daripada Apple, anda tidak memerlukan sambungan internet untuk menggunakan Kawalan Suara.
Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Kawalan Suara.
Ketik Sediakan Kawalan Suara, kemudian ketik Teruskan untuk memulakan muat turun fail.
Apabila muat turun selesai, Kelihatan dalam bar status untuk menandakan yang Kawalan Suara diaktifkan.
Setkan pilihan seperti yang berikut:
Bahasa: Setkan bahasa dan muat turun bahasa untuk kegunaan luar talian.
Sesuaikan Perintah: Lihat perintah tersedia dan cipta perintah baharu.
Kosa Kata: Ajar Kawalan Suara perkataan baharu.
Tunjukkan Pengesahan: Apabila Kawalan Suara mengenali perintah, pengesahan visual kelihatan di bahagian atas skrin.
Mainkan Bunyi: Apabila Kawalan Suara mengenali perintah, bunyi boleh didengari dimainkan.
Tunjukkan Pembayang: Lihat cadangan perintah dan pembayang.
Tindihan: Paparkan nombor, nama, atau grid di atas unsur skrin.
Kesedaran Perhatian: Pada iPad dengan Face ID, Kawalan Suara bangun apabila anda melihat iPad anda dan tidur apabila anda melihat ke arah lain.
Aktifkan atau nyahaktifkan Kawalan Suara
Selepas anda menyediakan Kawalan Suara, anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkannya dengan cepat dengan melakukan mana-mana yang berikut:
Gunakan Pusat Kawalan jika anda telah menambahnya di sana.
Gunakan Pintasan Kebolehcapaian jika anda telah menyediakannya.
Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “Aktifkan Kawalan Suara” atau “Nyahaktifkan Kawalan Suara”. Ketahui cara menggunakan Siri.
Ketahui perintah Kawalan Suara
Apabila Kawalan Suara diaktifkan, anda boleh menyebut perintah seperti berikut:
“Buka Pusat Kawalan”
“Balik ke rumah”
“Ketik nama item”
“Buka nama app”
“Ambil gambar skrin”
“Tingkatkan kelantangan”
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perintah Kawalan Suara, sebutkan “Tunjukkan saya perkara untuk disebut” atau “Tunjukkan perintah”. Anda juga boleh menggunakan tutorial atas skrin yang dipanggil Panduan Kawalan Suara.
Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Kawalan Suara.
Ketik Buka Panduan Kawalan Suara, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Jeda atau teruskan Kawalan Suara
Jeda Kawalan Suara apabila anda tidak mahu perkataan yang anda sebut ditafsirkan sebagai perintah atau perencanaan. Teruskan Kawalan Suara apabila anda sedia untuknya mendengar perintah dan perencanaan semula.
Jeda Kawalan Suara: Sebut “Henti mendengar”.
Teruskan Kawalan Suara: Sebut “Mula mendengar”.
Label item atas skrin dengan tindihan skrin
Untuk interaksi lebih pantas, anda boleh menavigasi iPad dengan tindihan skrin yang menunjukkan nama, nombor, atau grid item.
Nama item: Sebut “Tunjukkan nama” atau “Tunjukkan nama secara berterusan”, kemudian sebut “Ketik [nama item”].
Numbers: Sebut “Tunjukkan nombor” atau “Tunjukkan nombor secara berterusan”, kemudian sebut nombor di sebelah item yang anda mahu. Anda juga boleh memberi perintah untuk melaksanakan gerak isyarat, seperti “Ketik [nombor]”, “Tekan lama [nombor]”, “Leret ke atas pada [nombor]”, atau “Dwiketik [nombor]”.
Grid: Untuk berinteraksi dengan lokasi skrin yang tidak diwakili oleh nama atau nombor item, sebut “Tunjukkan grid” atau “Tunjukkan grid secara berterusan”, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Gerudi ke bawah: Sebutkan nombor sahaja untuk menunjukkan grid yang lebih terperinci.
Sebutkan perintah untuk berinteraksi dengan kawasan grid: Sebutkan sesuatu seperti: “Ketik [nombor]” atau “Zum masuk [nombor]”.
Petua: Untuk melaraskan bilangan lajur dan baris grid, pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Kawalan Suara > Tindihan, kemudian pilih Grid Bernombor. Apabila Kawalan Suara diaktifkan, anda juga boleh menyebut sesuatu seperti: “Tunjukkan grid dengan lima baris” atau “Tunjukkan grid secara berterusan dengan tiga lajur”.
Untuk menyahaktifkan tindihan, sebut “Sembunyikan nama”, “Sembunyikan nombor”, atau “Sembunyikan grid”.
Bertukar antara perencanaan, ejaan dan mod perintah
Apabila anda bekerja dalam kawasan input teks—contohnya menulis dokumen, e-mel, atau mesej—anda boleh bertukar antara tiga mod mengikut keperluan dengan mudah:
Mod Perencanaan: Lalai—sebarang perkataan yang anda sebutkan yang bukan perintah Kawalan Suara dimasukkan sebagai teks.
Jika beberapa perkataan sepadan secara fonetik dengan perkara yang anda sebutkan, ia kelihatan atas skrin. Ketik untuk memilih perkataan yang anda maksudkan. (Tersedia dalam bahasa terpilih.)
Mod ejaan: Apabila anda dalam mod perencanaan dan perlu mengeja perkataan, sebutkan “Mod ejaan”.
Nota: Mod ejaan tersedia untuk Inggeris (A.S.) atau Inggeris (Kanada).
Mod Perintah: Kawalan Suara bertindak balas hanya kepada perintah. Perkataan lain diabaikan dan tidak dimasukkan sebagai teks.
Ia berguna apabila anda perlu menggunakan siri perintah dan mahu mengelakkan perkataan yang anda sebutkan daripada dimasukkan dalam kawasan input teks secara tidak sengaja.
Untuk bertukar kepada mod Perintah, sebut “Mod Perintah”.
Untuk bertukar kembali kepada mod Perencanaan, sebut “Mod Perencanaan”.