Gunakan Tindanan Pintar untuk menunjukkan widget mengikut masa pada Apple Watch
Tindanan Pintar ialah set widget yang menggunakan maklumat seperti masa, lokasi anda dan aktiviti anda untuk memaparkan widget yang paling berkaitan pada masa yang sesuai dalam hari anda secara automatik. Sebagai contoh, pada permulaan hari, Cuaca akan menunjukkan ramalan atau jika anda sedang dalam perjalanan, Tindanan Pintar akan menunjukkan pas naik daripada Wallet.
Buka Tindanan Pintar
Tekan Digital Crown untuk menunjukkan muka jam jika ia tidak ditunjukkan.
Putar Digital Crown untuk menskrol ke bawah sehingga anda melihat widget.
Skrol ke widget yang anda mahu gunakan, kemudian ketiknya untuk membuka app yang berkaitan.
Petua: Di bahagian bawah Tindanan Pintar ialah widget dengan tiga app yang ditampilkan—Muzik, Latihan dan Mesej. Ketik app untuk membukanya.
Tambah, keluarkan dan susun semula widget
Tindanan Pintar menyertakan set widget lalai, yang anda boleh tambahkan, keluarkan atau susun semula secara manual. Hanya skrol ke bawah daripada muka jam, sentuh dan tahan Tindanan Pintar, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Tambah widget: Ketik +, kemudian ketik widget ditampilkan atau ketik app yang kelihatan di bawah Semua App. Sesetengah app menawarkan lebih daripada satu widget.
Keluarkan widget: Ketik .
Pin dan nyahpin widget: Ketik di sebelah kanan widget. Widget yang dipinkan kelihatan di bawah widget terakhir dipinkan dalam Tindanan Pintar. Untuk mengalihkan widget ke bahagian atas tindanan, nyahpinkan widget di atasnya dengan mengetik di sebelah kanan setiap widget.
Ketik Selesai apabila anda selesai mengedit Tindanan Pintar.