Urus Pengesanan Nahas pada Apple Watch
Jika Apple Watch Series 8, Apple Watch Series 9 atau Apple Watch SE (Generasi ke-2) anda mengesan nahas kereta yang teruk, ia boleh membantu menghubungkan anda dengan perkhidmatan kecemasan dan memaklumkan kenalan kecemasan anda.
Apabila Apple Watch anda mengesan nahas kereta yang teruk, ia akan memaparkan isyarat dan memulakan panggilan telefon kecemasan selepas 20 saat secara automatik kecuali jika anda membatalkannya. Jika anda tidak responsif, ia akan memainkan mesej audio untuk perkhidmatan kecemasan yang memaklumkan mereka bahawa anda berada dalam nahas kereta yang teruk dan memberi mereka koordinat latitudinal dan longitudinal anda dengan jejari carian anggaran.
Untuk menghubungi perkhidmatan kecemasan, Apple Watch atau iPhone anda yang berdekatan memerlukan sambungan selular, atau memerlukan panggilan Wi-Fi diaktifkan dan liputan Wi-Fi tersedia.
Jika liputan selular dan Wi-Fi tidak tersedia dan iPhone 14 atau iPhone 14 Pro atau lebih baharu anda berada berdekatan Apple Watch anda, pemberitahuan Pengesanan Nahas kepada perkhidmatan kecemasan boleh dihubungi oleh SOS Kecemasan melalui sistem satelit, pada ketika SOS Kecemasan melalui satelit tersedia. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan SOS Kecemasan melalui satelit pada iPhone anda.
Nota: Apabila nahas kereta yang teruk dikesan, Pengesanan Nahas tidak akan menggantikan sebarang panggilan kecemasan yang dilakukan oleh cara lain.
Aktifkan atau nyahaktifkan Pengesanan Nahas
Pengesanan Nahas aktif secara lalai. Anda boleh menyahaktifkan isyarat dan panggilan kecemasan automatik daripada Apple selepas nahas kereta yang teruk dengan mengikuti langkah ini:
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Pergi ke SOS > Pengesanan Nahas, kemudian nyahaktifkan Hubungi Selepas Nahas Teruk.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Pengesanan Jatuh pada iPhone atau Apple Watch untuk memanggil bantuan sekiranya berlaku kemalangan.
Nota: Apple Watch tidak boleh mengesan semua nahas kereta.