Buat dan terima panggilan audio FaceTime dalam Mesej pada Apple Watch
Dalam watchOS 10, anda boleh membuat panggilan audio FaceTime Kumpulan terus daripada app Mesej pada Apple Watch anda.
Mulakan panggilan audio FaceTime Kumpulan daripada perbualan Mesej
Buka app Mesej pada Apple Watch anda.
Mulakan mesej baharu atau buka perbualan, skrol ke bawah, kemudian ketik Audio FaceTime untuk membuat panggilan.
Untuk menjemput orang tambahan ke panggilan, lakukan salah satu daripada berikut:
Ketik , ketik Tambah Orang, kemudian pilih kenalan.
Ketik 2 Orang Aktif, ketik di bahagian bawah skrin, kemudian pilih kenalan.
Terima panggilan audio FaceTime
Anda mempunyai pilihan apabila menerima panggilan audio FaceTime.
Jawab panggilan: Ketik .
Tolak panggilan: Ketik .
Balas dengan teks: Ketik , kemudian ketik balas. Atau ketik Tersuai, ketik Cipta Mesej, masukkan balasan, kemudian ketik Hantar.
Tambah orang lain ke panggilan selepas menjawab: Ketik 2 Orang Aktif, ketik , kemudian pilih kenalan, atau ketik Tambah Orang, kemudian pilih kenalan.
Lihat mesej video yang dirakam: Jika anda tidak menjawab panggilan FaceTime, pemanggil boleh merakam mesej video, kemudian menghantarnya kepada anda. Untuk melihatnya, hanya ketik pemberitahuan apabila ia tiba, atau buka perbualan dalam Mesej kemudian, kemudian ketik video.