Dapatkan lebih banyak app pada Apple Watch
Apple Watch anda disertakan app untuk pelbagai tugas komunikasi, kesihatan, kecergasan dan penjagaan masa. Anda juga dapat memilih untuk memasang aplikasi pihak ketiga yang anda miliki pada iPhone anda dan mendapatkan app baharu daripada App Store sama ada pada Apple Watch atau iPhone anda. Semua app anda berada pada satu Skrin Utama.
Nota: Untuk memuat turun secara automatik versi iOS pengiring app yang anda tambah ke Apple Watch anda, buka app Seting pada Apple Watch anda, ketik App Store, kemudian aktifkan Muat Turun Automatik. Untuk mendapatkan versi terkini app Apple Watch anda, pastikan Kemas Kini Automatik juga diaktifkan.
Dapatkan app daripada App Store pada Apple Watch
Buka app App Store pada Apple Watch anda.
Putar Digital Crown untuk melayari app dan koleksi ditampilkan.
Ketik koleksi untuk melihat lebih banyak app.
Untuk mendapatkan app percuma, ketik Dapatkan. Untuk membeli app, ketik harga.
Jika anda melihat berbanding harga, maknanya anda telah membeli app tersebut dan anda boleh memuat turunnya lagi secara tanpa caj. Sesetengah app memerlukan anda memiliki versi iOS app pada iPhone anda.
Untuk mencari app tertentu, ketik di bahagian atas skrin, kemudian taip (pada model disokong sahaja, tidak tersedia dalam semua bahasa), atau gunakan Coretan atau perencanaan untuk memasukkan nama app. Anda juga boleh melayari kategori popular app dengan mengetik kategori.
Untuk menggunakan Coretan pada model disokong yang sama ini, leret ke atas dari bahagian bawah skrin, kemudian ketik Coretan.
Nota: Semasa menggunakan Apple Watch dengan selular, caj data selular mungkin dikenakan. Coretan tidak tersedia dalam semua bahasa.
Pasang app yang anda telah miliki pada iPhone
Secara lalai, app pada iPhone anda yang mempunyai app watchOS tersedia dipasang secara automatik dan kelihatan pada Skrin Utama. Untuk memilih untuk memasang app tertentu, ikuti langkah ini:
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, ketik Umum, kemudian nyahaktifkan Pemasangan App Auto.
Ketik Jam Saya, kemudian skrol ke bawah ke App Tersedia.
Ketik Pasang bersebelahan app yang anda mahu pasang.