Semak cuaca pada Apple Watch
Gunakan app Cuaca pada Apple Watch anda untuk menjejak keadaan cuaca semasa dan akan datang, tempatan atau di lokasi di seluruh dunia. Anda boleh menyemak butiran cuaca semasa seperti langit cerah atau mendung, suhu, kerpasan, angin, keadaan ultralembayung (UV), keterlihatan, kelembapan dan kualiti udara dengan mudah.
Siri: Anda boleh menggunakan Siri untuk memberikan maklumat cuaca dengan cepat dengan menyatakan sesuatu seperti, “Bagaimanakah keadaan cuaca?” atau “Apakah ramalan cuaca esok untuk Honolulu?”
Semak cuaca tempatan
Dengan app Cuaca pada Apple Watch, anda boleh melihat metrik cuaca berikut:
Suhu semasa
Keadaan (contohnya, umumnya mendung)
Suhu rendah dan tinggi sepanjang hari
Kerpasan
Kelajuan angin
Indeks UV
Keterlihatan
Kelembapan
Kualiti udara
Nota: Bacaan kualiti udara tidak tersedia di semua lokasi.
Jika cuaca tempatan tidak kelihatan pada Apple Watch anda apabila anda membuka app Cuaca, pastikan Perkhidmatan Lokasi diaktifkan. Buka app Seting pada Apple Watch anda, ketik Privasi & Keselamatan, ketik Perkhidmatan Lokasi, kemudian aktifkan Perkhidmatan Lokasi. Pada iPhone, pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan > Perkhidmatan Lokasi, ketik Cuaca, kemudian pilih pilihan.
Tunjukkan ramalan cuaca.
Buka app Cuaca daripada skrin Utama pada Apple Watch anda.
Skrol ke bawah satu skrin untuk menunjukkan ramalan untuk 24 jam seterusnya, termasuk keadaan dan cuaca.
Skrol ke bawah satu lagi skrin untuk menunjukkan ramalan 10 hari.
Lihat metrik cuaca individu
Anda boleh menunjukkan butiran tentang metrik cuaca individu seperti suhu, kelembapan dan kualiti udara, kemudian menunjukkan maklumat ramalan hanya untuk metrik tersebut.
Pilih metrik: Ketik di bahagian kanan atas, kemudian pilih metrik seperti kualiti udara. Putar Digital Crown untuk menunjukkan maklumat ramalan hanya untuk metrik tersebut.
Kitar menerusi metrik: Ketik paparan untuk mengitar menerusi metrik yang tersedia.
Lihat makluman cuaca
Apabila peristiwa cuaca yang signifikan diramalkan, pemberitahuan mungkin kelihatan di bahagian atas app Cuaca. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang peristiwa tersebut, ketik Ketahui Lebih Lanjut.
Nota: Makluman cuaca tidak tersedia di semua lokasi.