Lihat cuaca di lokasi lain pada Apple Watch
Selain daripada cuaca tempatan, dalam app Cuaca , anda boleh menunjukkan keadaan dan ramalan cuaca untuk bandar yang anda tambah.
Tambah lokasi
Buka app Cuaca
pada Apple Watch anda.
Ketik
, skrol ke bahagian bawah senarai lokasi, kemudian ketik
.
Pada model Apple Watch yang disokong, taipkan nama lokasi, atau gunakan Coretan atau perencanaan untuk memasukkan nama lokasi.
Untuk menggunakan Coretan pada model disokong yang sama ini, leret ke atas dari bahagian bawah skrin, kemudian ketik Coretan.
Ketik Cari, kemudian ketik nama lokasi dalam senarai hasil.
App Cuaca pada iPhone anda menunjukkan lokasi yang sama, dalam tertib yang sama yang anda tambah ke app Cuaca pada Apple Watch anda. Lihat Panduan Pengguna iPhone untuk mendapatkan maklumat tentang menyediakan app Cuaca pada iPhone anda.
Lihat keadaan cuaca di lokasi lain
Buka app Cuaca
pada Apple Watch anda.
Ketik
, kemudian pilih lokasi.
Keluarkan lokasi
Buka app Cuaca
pada Apple Watch anda.
Ketik
, leret ke kiri pada lokasi yang anda mahu keluarkan, kemudian ketik X.
Pilih lokasi lalai anda
Buka app Seting
pada Apple Watch anda.
Ketik Cuaca, ketik Bandar Lalai, kemudian pilih daripada senarai bandar yang anda tambah pada iPhone atau Apple Watch anda.
Anda juga boleh membuka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Cuaca > Bandar Lalai.
Keadaan untuk lokasi tersebut ditunjukkan pada muka jam, jika anda telah menambah cuaca ke muka tersebut.
Senarai lokasi anda kekal terkini merentas semua peranti anda apabila anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama.