Tukar bahasa dan orientasi pada Apple Watch
Pilih bahasa atau rantau
Jika anda telah menyediakan iPhone anda untuk menggunakan lebih daripada satu bahasa, anda boleh memilih bahasa yang kelihatan pada Apple Watch anda.
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, pergi ke Umum > Bahasa & Rantau, ketik Tersuai, kemudian pilih bahasa.
Untuk menambah bahasa, ketik Tambah Bahasa, kemudian buat pilihan.
Nota: Dalam bahasa disokong yang menggunakan genus tatabahasa, anda boleh memilih kata panggilan anda untuk menentukan cara anda mahu dipanggil pada semua sistem (feminin, maskulin atau neutral).
Tukar tangan atau orientasi Digital Crown
Jika anda mahu mengalihkan Apple Watch anda ke tangan satu lagi atau mengutamakan Digital Crown di sebelah yang lain, laraskan seting orientasi anda supaya mengangkat tangan akan membangunkan Apple Watch anda dan memutarkan Digital Crown akan mengalihkan benda dalam arah yang anda mahukan.
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Pergi ke Umum > Orientasi.
Anda juga boleh membuka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Umum > Orientasi Jam.