Laraskan seting podcast pada Apple TV
Laraskan seting untuk Podcast
Buka Seting pada Apple TV.
Pergi ke App > Podcast kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Benarkan Podcast menyegar semula langganan anda di latar belakang: Aktifkan Segar Semula App Latar.
Selaraskan podcast dengan peranti iOS dan iPadOS lain anda: Aktifkan Selaraskan Podcast.
Mula mainkan episod seterusnya secara automatik selepas episod semasa tamat: Aktifkan Main Balik Berterusan.
Setkan lalai podcast: Pilih kekerapan Podcast menyemak episod baharu untuk langganan anda dan memilih sama ada untuk menyimpan episod selepas anda selesai menontonnya.
Gunakan warna tersuai berdasarkan karya seni untuk setiap podcast: Aktifkan Warna Tersuai.
Tunjukkan penyelamat skrin semasa mendengar podcast
Buka Seting pada Apple TV.
Pergi ke Umum > Penyelamat Skrin dan aktifkan Tunjukkan Semasa Muzik dan Podcast.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Gunakan penyelamat skrin Apple TV.