tvOS 17.0
Gunakan Siri untuk mengawal Apple TV daripada HomePod, iPhone atau iPad anda
Anda boleh menggunakan Siri pada HomePod atau pada peranti iOS atau iPadOS untuk memainkan item atau membuka app pada Apple TV.
Contohnya, anda boleh meminta Siri pada HomePod bilik makan anda untuk memulakan filem atau rancangan TV pada Apple TV di ruang tamu.
Semasa membuat permintaan anda, pastikan anda merujuk “TV” atau jika anda dalam bilik berbeza, nama bilik yang anda tetapkan Apple TV dalam app Rumah pada peranti iOS atau iPadOS anda.
Siri: Pada HomePod, peranti iOS atau iPadOS anda, sebutkan sesuatu seperti:
“Mainkan ‘Ted Lasso’”
“Mainkan ‘Uptown Funk’ pada TV bilik tamu”
“Tonton Musim 1, Episoed 5 ‘The Mosquito Coast’ di bilik tamu”
“Buka Paramount+ pada TV”
Lihat jugaPanduan Pengguna HomePod