Aktifkan Kawalan Suis pada Apple TV
Untuk menyambungkan suis ke Apple TV, anda boleh menyambungkan peranti Bluetooth® luaran seperti papan kekunci, atau anda boleh menggunakan ciri penukaran platform yang memajukan tindakan suis daripada peranti lain seperti iPhone atau Mac. Pada peranti iOS atau iPadOS, ketik skrin untuk mencetuskan suis. (Pada iPhone 6s atau iPhone 6s Plus atau lebih baharu, klik paksa skrin.)
Tambah suis dan pilih tindakannya
Dalam Seting
pada Apple TV, pergi ke Kebolehcapaian > Kawalan Suis > Suis, pilih Tambah Suis Baharu, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Jika anda hanya menambahkan satu suis, ia menjadi suis Pilih Item secara lalai.
Jika anda menambah suis luaran, anda perlu menyambungkannya ke Apple TV sebelum ia kelihatan dalam senarai suis yang tersedia. Ikuti arahan yang datang dengan suis. Jika suis disambungkan menggunakan Bluetooth, anda perlu memasangkan peranti dengan Apple TV. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Sambungkan peranti Bluetooth ke Apple TV.
Aktifkan atau nyahaktifkan Kawalan Suis
Dalam Seting
pada Apple TV, pergi ke Kebolehcapaian, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Kawalan Suis.