tvOS 17.0
Kawal kesensitifan permukaan sentuh pada Siri Remote
Anda boleh menyesuaikan pad klik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) dan permukaan sentuh (Siri Remote generasi pertama) untuk sepadan dengan gaya kawalan tertentu anda.
Tukar fungsi pad klik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu)
Buka Seting pada Apple TV.
Pergi ke Remote dan Peranti > Pad Klik.
Pilih Klik dan Sentuh untuk membenarkan kedua-dua penjejakan klik dan sentuh. Pilih Klik Sahaja untuk menyahaktifkan penjejakan permukaan sentuh.
Tukar kesensitifan penjejakan
Buka Seting pada Apple TV.
Pergi ke Remote dan Peranti > Penjejakan Permukaan Sentuh.
Pilih Laju untuk menjadikan pergerakan ibu jari yang kecil bergerak lebih jauh pada skrin Apple TV. Pilih Perlahan untuk mengurangkan kesensitifan penjejakan.