Sambungkan peranti Bluetooth ke Apple TV
Anda mungkin mahu menyambungkan peranti Bluetooth® ke Apple TV anda—seperti pengawal permainan yang disijilkan oleh MFi (dibuat untuk iPhone dan iPad), pengawal serasi Sony PlayStation, pengawal serasi Microsoft Xbox, fon kepala Bluetooth, papan kekunci wayarles atau aksesori lain.
AirPods Apple bersambung secara automatik pada Apple TV jika ia dikaitkan dengan Apple ID yang sama. Lihat Sediakan Apple ID anda pada Apple TV.
Cari dan sambungkan ke peranti Bluetooth berdekatan
Sebelum anda bermula, rujuk arahan peranti untuk mengesetkan peranti kepada Boleh Ditemui.
Jika anda menyambungkan pengawal permainan: Tekan dan tahan butang TV pada Siri Remote untuk membuka Pusat Kawalan, pilih tab Seting Umum , kemudian pilih butang Pengawal Permainan dan pilih pengawal permainan daripada senarai.
Untuk peranti Bluetooth lain: Buka Seting pada Apple TV, pergi ke Remote dan Peranti > Bluetooth, kemudian pilih peranti dalam senarai Peranti Lain.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Gunakan aksesori Bluetooth dengan Apple TV anda.