Lihat apa yang rakan anda sedang dengar
Apabila anda menjadi pelanggan Apple Music, anda boleh melihat muzik yang didengari rakan anda dengan mengikuti mereka. Anda juga boleh melihat senarai main yang mereka kongsi. Begitu juga pengikut anda boleh mendengar senarai main dikongsi anda dan muzik yang paling kerap anda dengari. Anda melihat maklumat ini pada skrin profil anda dalam app Muzik .
Cipta profil
Apabila anda membuka Muzik kali pertama, anda diminta untuk menyediakan profil dan mula mengikuti rakan. Jika anda melangkau langkah ini, anda boleh menyediakan profil pada bila-bila masa.
Ketik Laman Utama, kemudian ketik .
Ketik Mula Berkongsi dengan Rakan.
Rakan kini boleh mengikuti anda.
Lihat profil anda
Ketik Laman Utama, kemudian ketik atau gambar profil anda.
Ketik Lihat Profil di bahagian atas skrin.
Ikuti rakan anda
Terdapat beberapa cara untuk mengikuti orang:
Tambah rakan apabila anda menyediakan profil anda.
Selepas anda menyediakan profil anda, leret ke bahagian bawah skrin profil, ketik Ikuti Lebih Ramai Rakan, kemudian ketik Ikuti bersebelahan mereka yang anda mahu ikuti.
Anda boleh mengikuti rakan anda yang berada dalam senarai kenalan dan yang menggunakan Apple Music.
Pada skrin profil, sentuh dan tahan gambar profil, kemudian ketik Ikut.
Ketik Cari, masukkan nama rakan, ketiknya dalam hasil, kemudian ketik Ikut.
Nota: Rakan anda mesti mempunyai profil untuk anda mencari mereka menggunakan carian.
Untuk melihat orang yang anda ikut dan orang yang mengikuti anda, buka skrin profil, kemudian leret ke atas.
Jika gambar profil mempunyai kunci padanya, anda perlu meminta kepada orang tersebut untuk mengikuti mereka. Selepas permintaan anda diterima, anda melihat senarai main dikongsi orang tersebut dan muzik yang didengari mereka.
Balas permintaan ikut
Anda boleh membenarkan semua orang mengikuti anda, atau hanya orang yang anda pilih. Anda menerima permintaan ikut hanya jika anda memilih orang yang boleh mengikut anda.
Ketik Laman Utama, kemudian ketik atau gambar profil anda.
Ketik Lihat Profil.
Ketik Edit, kemudian ketik Orang yang Anda Luluskan jika anda mahu diikuti hanya oleh orang yang anda pilih.
Ketik Permintaan Ikut, kemudian terima atau tolak permintaan.
Anda mungkin menerima permintaan ikut dalam cara lain—sebagai contoh, pautan dalam mesej e-mel atau teks. Untuk menerima, ketik pautan.
Berhenti mengikuti dan menyekat pengikut
Berhenti mengikuti: Sentuh dan tahan gambar profil orang yang anda mahu ikut, kemudian ketik Nyahikut.
Sekat pengikut: Sentuh dan tahan gambar profil, kemudian pilih Sekat.
Orang yang anda sekat tidak akan nampak muzik anda atau mencari profil anda. Mereka masih boleh mendengar senarai main dikongsi anda jika mereka menambahkannya dalam pustaka mereka.
Kongsi muzik dengan pengikut
Secara lalai, pengikut anda melihat senarai main yang anda cipta, tetapi anda boleh memilih untuk tidak berkongsi sesetengah senarai main.
Ketik Laman Utama, kemudian ketik atau gambar profil anda.
Ketik Lihat Profil.
Ketik Edit, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan senarai main.
Seret untuk menyusun semula.
Pengikut anda akan melihat senarai main yang anda cipta pada profil anda melainkan anda menyahaktifkan senarai main yang anda tidak mahu kongsi. Anda boleh menyahaktifkan pilihan ini apabila anda mencipta senarai main atau kemudian, apabila anda mengedit senarai main.
Untuk berkongsi senarai main dengan orang yang tidak mengikuti anda, sentuh dan tahan senarai main, kemudian ketik Kongsi Senarai Main.
Nota: Jika anda membuat perubahan pada muzik yang anda kongsikan—sebagai contoh, edit atau henti berkongsi senarai main—perubahan tersebut ditunjukkan pada peranti pengikut anda.
Sembunyikan muzik daripada pengikut anda
Ketik Laman Utama, kemudian ketik atau gambar profil anda.
Ketik Lihat Profil.
Sentuh dan tahan senarai main atau album (di bawah Sedang Mendengar).
Ketik Sembunyikan daripada Profil.
Sejarah mendengar untuk item ini tidak akan kelihatan dalam profil anda atau kelihatan kepada orang yang mengikuti anda. Jika anda tidak mahu pengikut anda melihat sebarang muzik yang anda dengari, ketik Edit pada skrin profil, kemudian nyahaktifkan Sedang Mendengar di bahagian bawah skrin.
Nota: Masa sehingga 10 minit mungkin diperlukan sebelum muzik yang anda sembunyikan tidak lagi kelihatan kepada pengikut anda.
Lihat apa yang orang lain sedang dengar
Ketik Laman Utama, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Lihat apa yang rakan anda sedang dengar: Skrol ke bawah ke Muzik yang Didengari Rakan, kemudian ketik item untuk memainkannya.
Dengar campuran lagu yang rakan anda sedang dengar: Leret ke kiri pada Dibuat Untuk Anda, kemudian ketik Campuran Rakan.
Lihat apa yang pengikut atau orang yang anda ikut sedang dengar: Ketik atau gambar profil anda, kemudian ketik Lihat Profil. Ketik gambar profil orang untuk melihat senarai main dikongsi dan muzik yang kerap didengar oleh mereka. Anda juga boleh melihat pengikut mereka dan orang yang mereka ikuti.
Kongsi profil anda
Anda boleh berkongsi profil anda menggunakan e-mel, Mesej, atau app lain yang anda pilih.
Ketik Laman Utama, kemudian ketik atau gambar profil anda.
Ketik Lihat Profil.
Ketik , ketik Kongsi Profil, kemudian pilih pilihan perkongsian.
Anda juga boleh berkongsi profil sesiapa yang anda ikuti atau orang yang mengikut anda.
Laporkan kebimbangan
Jika anda mempunyai kebimbangan tentang pengikut, sentuh dan tahan gambar profil mereka, kemudian ketik Laporkan Kebimbangan.