Cipta Skrin Kunci tersuai iPhone
Anda boleh memperibadikan Skrin Kunci anda dengan memilih hias latar, menunjukkan foto kegemaran, menukar fon masa, menambah widget serta banyak lagi.
Anda boleh mencipta lebih daripada satu Skrin Kunci, bertukar antara Skrin Kunci dan memautkan Skrin Kunci ke Fokus. Jadi, contohnya, anda boleh mengesetkan Skrin Kunci khusus untuk semasa anda bekerja.
Peribadikan Skrin Kunci baharu
Sentuh dan tahan Skrin Kunci sehingga butang Sesuaikan dan kelihatan di bahagian bawah skrin.
Jika ia tidak kelihatan, sentuh dan tahan Skrin Kunci lagi, kemudian masukkan kod laluan anda.
Ketik untuk mencipta Skrin Kunci baharu atau membuat perubahan pada Skrin Kunci, leret ke skrin yang anda mahu tukar, ketik Sesuaikan, kemudian ketik Skrin Kunci.
Jika anda mencipta Skrin Kunci baharu, ketik salah satu pilihan hias latar untuk memilihnya sebagai Skrin Kunci anda.
Jika anda memilih Foto atau Rombakan Foto, lihat Sesuaikan foto Skrin Kunci anda.
Ketik masa untuk menukar fon, warna dan gaya.
Seret gelangsar untuk membuatkan fon lebih tebal atau nipis (tersedia untuk fon padu). Untuk menukar masa, lihat Tukar tarikh dan masa pada iPhone.
Untuk menambah widget yang termasuk maklumat seperti tajuk berita hari ini, cuaca dan peristiwa kalendar, ketik Tambah Widget, tarikh, atau medan di bawah masa. (Lihat Tambah, edit dan keluarkan widget pada iPhone.)
Ketik Tambah atau Selesai, kemudian ketik Setkan sebagai Pasangan Hias Latar atau Sesuaikan Skrin Utama.
Pilih sama ada untuk menggunakan hias latar pada Skrin Kunci dan Skrin Utama: Ketik Setkan sebagai Pasangan Hias Latar.
Buat lebih perubahan pada Skrin Utama: Ketik Sesuaikan Skrin Utama. Ketik warna untuk menukar warna hias latar, ketik untuk menggunakan foto tersuai atau pilih Kabur untuk mengaburkan hias latar supaya app kelihatan menonjol.
Sesuaikan foto Skrin Kunci anda
Jika anda memilih foto untuk Skrin Kunci, anda boleh menempatkan semula foto, menukar gaya foto dan banyak lagi.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tempatkan semula foto anda: Untuk menempatkan semula imej dipilih anda, cubit buka untuk zum masuk, seret imej dengan dua jari anda untuk menggerakkannya, kemudian cubit tutup untuk mengezum keluar.
Tukar gaya foto: Leret ke kiri atau kanan untuk mencuba gaya foto berbeza dengan penapis warna dan fon pelengkap.
Cipta kesan berbilang lapisan: Jika anda mempunyai foto yang menyokong lapisan—seperti imej dengan orang, haiwan peliharaan atau langit—ketik di bahagian kanan bawah, kemudian pilih Kesan Kedalaman.
Nota: Kesan berbilang lapisan tersedia pada model disokong. Lapisan mungkin tidak tersedia jika subjek terlalu tinggi atau terlalu rendah atau jika ia menghalang hampir seluruh jam.
Cipta kesan pergerakan dengan Live Photo: Jika anda memilih Live Photo yang boleh diterjemahkan kepada gerak perlahan, ketik di bahagian kiri bawah untuk memainkan Live Photo apabila peranti bangun.
Setkan kekerapan rombak: Jika anda memilih Rombakan Foto, anda boleh mempratonton foto dengan mengetik dan anda boleh mengesetkan kekerapan rombak dengan mengetik dan kemudian memilih pilihan di bawah Kekerapan Rombakan.
Petua: Selain itu, anda boleh menambah foto terus daripada pustaka foto anda ke Skrin Utama dan Skrin Kunci anda. Dalam app Foto , ketik Pustaka, pilih foto, kemudian ketik . Skrol ke bawah dan pilih Gunakan sebagai Hias Latar, ketik Tambah, kemudian pilih sama ada untuk menunjukkannya pada kedua-dua Skrin Utama dan Skrin Kunci anda.
Pautkan Fokus ke Skrin Kunci anda
Fokus membantu anda menumpukan perhatian pada tugas dengan meminimumkan gangguan. Anda boleh menyediakan Fokus untuk menyenyapkan semua pemberitahuan buat sementara, atau untuk membenarkan pemberitahuan khusus sahaja (contohnya pemberitahuan yang berkaitan dengan tugas anda). Dengan memautkan Fokus ke Skrin Kunci anda, seting Fokus anda digunakan pada bila-bila masa anda menggunakan Skrin Kunci tersebut.
Sentuh dan tahan Skrin Kunci sehingga butang Sesuaikan kelihatan di bahagian bawah skrin.
Ketik Fokus berdekatan bahagian bawah hias latar untuk melihat pilihan Fokus—contohnya, Jangan Ganggu, Peribadi, Tidur dan Kerja.
Nota: Jika anda tidak nampak Fokus di bahagian bawah hias latar, pergi ke Seting dan sediakan Fokus.
Pilih Fokus, kemudian ketik .
Lihat Sediakan Fokus.
Edit atau tukar Skrin Kunci anda
Selepas anda mencipta Skrin Kunci tersuai, anda boleh membuat perubahan pada skrin.
Sentuh dan tahan Skrin Kunci sehingga butang Sesuaikan dan kelihatan di bahagian bawah skrin.
Jika ia tidak kelihatan, sentuh dan tahan Skrin Kunci lagi, kemudian masukkan kod laluan anda.
Leret ke skrin yang anda mahu tukar, ketik Sesuaikan, kemudian ketik Skrin Kunci.
Ketik masa untuk menukar fon, warna dan gaya.
Untuk menambah widget yang termasuk maklumat seperti tajuk berita hari ini, cuaca dan peristiwa kalendar, ketik Tambah Widget, tarikh, atau medan di bawah masa. (Lihat Tambah, edit dan keluarkan widget pada iPhone.)
Ketik Tambah atau Selesai, kemudian ketik Setkan sebagai Pasangan Hias Latar atau Sesuaikan Skrin Utama.
Tukar antara Skrin Kunci
Anda boleh mencipta berbilang Skrin Kunci tersuai dan bertukar antara skrin sepanjang hari.
Sentuh dan tahan Skrin Kunci sehingga butang Sesuaikan kelihatan di bahagian bawah skrin.
Leret ke Skrin Kunci yang anda mahu gunakan, kemudian ketiknya.
Nota: Jika Skrin Kunci dipautkan ke Fokus tertentu, bertukar daripada Skrin Kunci tersebut ke skrin lain juga akan menukar Fokus anda. Lihat Pautkan Fokus ke Skrin Kunci anda.
Padam Skrin Kunci
Anda boleh memadamkan Skrin Kunci yang anda tidak lagi perlukan.
Sentuh dan tahan Skrin Kunci sehingga butang Sesuaikan kelihatan di bahagian bawah skrin.
Leret untuk pergi ke Skrin Kunci yang anda mahu padam, leret ke atas pada skrin, ketik , kemudian ketik Padam Hias Latar Ini.