Sediakan dan gunakan Apple Cash dalam Wallet pada iPhone
Dengan Apple Cash (tersedia di A.S.), anda boleh menghantar, meminta dan menerima wang dalam app Wallet atau app Mesej , mendapatkan pulangan tunai daripada transaksi Apple Card, membuat pembelian dan memindahkan baki Apple Cash ke akaun bank anda.
Sediakan Apple Cash
Buka app Wallet pada iPhone anda.
Ketik kad Apple Cash, kemudian ketik Sediakan Sekarang.
Anda juga boleh melakukan yang berikut:
Pergi ke Seting > Wallet & Apple Pay, kemudian aktifkan Apple Cash.
Dalam Mesej, hantar atau terima bayaran.
Buat pembelian dengan Apple Cash menggunakan Apple Pay
Anda boleh menggunakan Apple Cash di lokasi yang menerima Visa dan menyokong Apple Pay:
Sesetengah kedai mungkin memerlukan PIN untuk melengkapkan transaksi dengan Apple Cash.
Apple Cash tidak memerlukan PIN kerana setiap bayaran disahkan oleh Face ID, Touch ID, atau kod laluan selamat. Namun, sesetengah terminal mungkin memerlukan anda memasukkan kod empat digit untuk melengkapkan transaksi. Untuk melihat PIN anda, ketik , kemudian ketik Butiran Kad.
Buat pembelian dengan nombor kad maya
Dalam iOS 17.4 atau lebih baharu, anda juga boleh menggunakan Apple Cash dalam app atau pada web yang Apple Pay belum diterima.
Dalam Wallet, ketik kad Apple Cash, ketik , kemudian ketik Nombor Kad.
Lihat nombot kad, tarikh luput dan kod keselamatan. Gunakan maklumat ini untuk membuat pembelian anda.
Petua: Anda boleh memasukkan maklumat ini secara automatik dan melihat baki Apple Cash anda apabila anda menggunakan Isi Auto Safari.
Hantar bayaran dengan Apple Cash
Anda boleh menghantar bayaran satu kali untuk bayaran berulang yang diulangi setiap minggu, selang satu minggu atau setiap bulan.
Buka app Wallet pada iPhone anda.
Ketik kad Apple Cash, kemudian ketik Hantar atau Minta.
Masukkan penerima atau pilih kenalan terbaharu.
Masukkan amaun, kemudian pilih satu daripada berikut:
Bayaran satu kali: Ketik Hantar.
Bayaran berulang: Ketik Hantar Bayaran Berulang, setkan masa mula dan pilih kekerapan bayaran. Anda juga boleh menambahkan memo dan memilih ikon (pilihan).
Tambah komen jika anda mahu, kemudian ketik .
Semak maklumat, kemudian sahkan dengan Face ID, Touch ID atau kod laluan anda.
Anda juga boleh menghantar atau meminta bayaran dalam Mesej.
Minta bayaran dengan Apple Cash
Buka app Wallet pada iPhone anda.
Ketik kad Apple Cash, kemudian ketik Hantar atau Minta.
Masukkan penerima atau pilih kenalan terbaharu.
Masukkan amaun, kemudian ketik Minta.
Tambah komen jika anda mahu, kemudian ketik .
Semak permintaan belum selesai
Dalam Wallet, ketik kad Apple Cash.
Ketik permintaan yang belum selesai, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Hantar bayaran: Ketik Hantar Wang.
Sembunyikan atau tolak permintaan: Ketik , kemudian pilih Tutup Permintaan atau Tolak Permintaan. Jika anda menutup permintaan, anda akan menerima peringatan satu hari sebelum permintaan tamat tempoh.
Lihat baki dan transaksi anda
Dalam Wallet, ketik kad Apple Cash untuk melihat baki dan transaksi terkini anda. Skrol ke bawah untuk melihat transaksi anda dihimpunkan mengikut tahun.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Cari transaksi anda: Ketik , masukkan perkara yang anda cari, kemudian ketik Cari pada papan kekunci. Anda juga boleh memilih carian dicadangkan, seperti kategori, pedagang, lokasi atau kenalan, kemudian memasukkan teks tambahan untuk memperincikan carian anda.
Dapatkan penyata: Ketik , ketik Butiran Kad, skrol ke bawah, kemudian ketik Minta Penyata Transaksi.
Urus Apple Cash anda
Dalam Wallet, ketik kad Apple Cash, ketik , kemudian ketik mana-mana yang berikut:
Tambah Wang: Tambah dana daripada kad debit dalam Wallet. Anda juga boleh menyediakan Tambah Nilai Auto.
Pindahkan ke Bank: Lihat artikel Sokongan Apple Pindahkan wang dalam Apple Cash ke akaun bank atau kad debit anda.
Bayaran Berulang: Ketik bayaran berulang untuk melihat butiran. Anda juga boleh mengedit butiran bayaran dan menjeda atau membatalkan bayaran.
Butiran Kad: Kemas kini maklumat akaun bank anda, aktifkan atau nyahaktifkan Transit Ekspres, urus Apple Cash Family dan banyak lagi.
Pemberitahuan: Aktifkan atau nyahaktifkan pemberitahuan.