Trace Id is missing

Kuasa luar biasa, kelenturan tanpa batasan

Bebaskan daya imaginasi anda pada Surface Laptop Studio. Reka bentuk yang melangkaui sempadan membolehkan anda menunjukkan kreativiti anda pada skrin sentuh 14.4" 120Hz PixelSense™ Flow yang anggun.2

Surface Laptop Studio

Reka bentuk dan sampaikan mengikut cara anda

Surface Laptop Studio dalam mod komputer riba
Surface Laptop Studio dalam mod komputer riba

Terokai Surface Laptop Studio dan lihat ciri-ciri utama

Dibina untuk prestasi

Bina aplikasi, edit video, cipta animasi dan nikmati permainan yang lancar dengan mudah. Hidupkan idea dengan pemproses yang dikuasakan teras kuad dan grafik yang menakjubkan. Kekalkan ketenangan diri anda dengan penyejukan pasif dan reka bentuk terma peneraju industri.

Prestasi yang hebat untuk keperluan yang besar

Jalankan perisian desktop intensif, selami permainan terkini dan selesaikan tugas anda yang paling rumit.

Windows 11 membawa anda lebih dekat dengan perkara yang anda suka

Keluarga, rakan, minat, muzik, karya—Windows 11 ialah sebuah tempat untuk semua perkara. Dengan rupa baharu dan alat yang memudahkan anda untuk menjadi cekap, Windows 11 boleh memenuhi keperluan anda untuk apa-apa sahaja yang akan datang.

Surface Laptop Studio dalam mod komputer riba menampilkan Windows 11.

Setiap butiran menggalakkan inspirasi

Lihat dan buat lebih banyak pada skrin sentuh 14.4” 120Hz yang cerah dan  terang 2 dengan warna seperti sebenar. Lukis, lakar, ambil nota dan kendalikan berbilang tugas dengan sentuhan, pen dan pad sentuh Haptik Precision yang besar. Selain itu, nikmati bunyi sinematik untuk filem dan program dengan Dolby Atmos®.4

Warna dan kontras yang seragam dan seperti sebenar

Paparan sentuh PixelSense™ Flow yang ditentukur oleh kilang menampilkan penatalan yang lebih lancar dengan kadar segar semula hingga 120Hz. Lihat kecerahan dan kegelapan yang lebih ketara serta perincian halus dengan Dolby Vision® apabila memainkan kandungan yang disokong5.

Pengalaman pen digital yang terbaik

Rasa pen pada kertas dan kepersisan yang lebih hebat semasa mengambil nota, melakar dan menavigasi. Tulis dan lukis dengan pelorekan yang hebat dan kepekaan tekanan yang luar biasa. Selain itu, penulisan adalah seperti dalam masa nyata pada paparan sentuh PixelSense™ Flow 120Hz.

Produktiviti terulung dengan ketepatan

Klik di mana-mana sahaja pada pad sentuh Haptik Precision, pad sentuh kami yang terbesar setakat ini, yang mempunyai pengesan tambahan terbina dalam untuk maklum balas haptik yang selesa dan boleh disesuaikan. Ketik atau gunakan gerak isyarat intuitif untuk menavigasi atau mencipta menggunakan seluruh pad sentuh. Produktiviti yang ditakrifkan semula.

Bunyi terbaik mana-mana Surface Laptop

Audio berkualiti profesional ialah milik anda dengan pembesar suara Omnisonic Kuad yang dipertingkatkan, termasuk empat pembesar suara dua hala stereo dengan dua wufer halimunan dan bunyi yang kaya dan jelas yang sama kuat dalam setiap mod. Selain itu, nikmati bunyi sinematik yang menakjubkan yang dikuasakan oleh Dolby Atmos®.4

Cari Surface Laptop Studio yang terbaik untuk anda

Daripada rakaman, pengeditan dan penyiaran hingga pengekodan dan reka bentuk, rujuk Surface Laptop Studio untuk menambah baik idea asal anda. Biar kami bantu anda mencari konfigurasi yang tepat.
Tangan seseorang ditunjukkan sedang menggunakan penanda Papan Kekunci Kit Mudah Suai
Surface Thunderbolt 4 ditunjukkan dengan semua kabel yang disokong

Lebih banyak cara untuk menambah baik idea anda

Peribadikan Surface Laptop Studio dan jadikannya milik anda dengan alat dan aksesori generasi seterusnya.

Surface Laptop Studio dalam mod studio dengan seseorang sedang menggunakan Microsoft Whiteboard.

Masih tidak pasti? Lihat Surface PC yang lain

Daripada prestasi luar biasa dan gaya komputer riba yang anggun hingga barisan Pro ikonik kami, terdapat Surface yang sempurna untuk anda.

  • Ciri dan ketersediaan aplikasi mungkin berbeza mengikut rantau.
  • [*] Sesetengah aksesori dan perisian dijual secara berasingan.
  • [**] Langganan diperlukan.
  • [***] Ciri-ciri tertentu memerlukan perkakasan tertentu. Lihat Naik taraf kepada OS Windows 11 Baharu | Microsoft. Bersembang melalui SMS tersedia di negara yang terhad dan akan disediakan untuk kawasan lain secara berterusan. Sila rujuk halaman ini untuk butiran lanjut. Capaian Internet diperlukan; bayaran ISP mungkin dikenakan.
  • [1] Hayat bateri Surface Laptop Studio:

    Hayat bateri amat berbeza bergantung pada penggunaan, konfigurasi rangkaian dan ciri, kekuatan isyarat, tetapan dan faktor-faktor lain. Lihat Prestasi bateri Surface untuk mendapatkan butiran. Surface Laptop Studio 14.4” Intel® Core™ i5 Generasi ke-11 256GB SSD, 16 GB RAM, hayat bateri sehingga 19 jam berdasarkan penggunaan peranti Surface biasa. Hayat bateri berdasarkan penggunaan peranti Surface biasa. Ujian dijalankan oleh Microsoft pada bulan Ogos 2021 menggunakan perisian prapengeluaran dan peranti prapengeluaran. Ujian terdiri daripada penyahcasan bateri penuh dengan gabungan penggunaan aktif dan tunggu sedia moden. Bahagian penggunaan aktif terdiri daripada (1) ujian melayari web yang mencapai 8 laman web yang popular melalui beberapa tab terbuka, (2) ujian produktiviti menggunakan Microsoft Word, PowerPoint, Excel dan Outlook dan (3) sebahagian masa dengan peranti yang sedang digunakan dengan aplikasi melahu. Semua tetapan adalah lalai kecuali kecerahan skrin yang telah ditetapkan kepada 150 nit dengan Kecerahan Automatik dinyahdayakan. WiFi telah disambungkan kepada rangkaian. Hayat bateri amat berbeza mengikut tetapan, penggunaan dan faktor lain.

    Hayat bateri amat berbeza bergantung pada penggunaan, konfigurasi rangkaian dan ciri, kekuatan isyarat, tetapan dan faktor-faktor lain. Lihat Prestasi bateri Surface untuk mendapatkan butiran. Surface Laptop Studio 14.4” Intel® Core™ i7 Generasi ke-11 1TB SSD, GPU komputer riba NVIDIA® GeForce RTX™ 3050 32GB RAM, hayat bateri sehingga 18 jam berdasarkan penggunaan peranti Surface biasa. Hayat bateri berdasarkan penggunaan peranti Surface biasa. Ujian dijalankan oleh Microsoft pada bulan Ogos 2021 menggunakan perisian prapengeluaran dan peranti prapengeluaran. Ujian terdiri daripada penyahcasan bateri penuh dengan gabungan penggunaan aktif dan tunggu sedia moden. Bahagian penggunaan aktif terdiri daripada (1) ujian melayari web yang mencapai 8 laman web yang popular melalui beberapa tab terbuka, (2) ujian produktiviti menggunakan Microsoft Word, PowerPoint, Excel dan Outlook dan (3) sebahagian masa dengan peranti yang sedang digunakan dengan aplikasi melahu. Semua tetapan adalah lalai kecuali kecerahan skrin yang telah ditetapkan kepada 150 nit dengan Kecerahan Automatik dinyahdayakan. WiFi telah disambungkan kepada rangkaian. Hayat bateri amat berbeza mengikut tetapan, penggunaan dan faktor lain.
  • [2] Paparan Surface Laptop Studio mempunyai sudut bulat di dalam segi empat tepat standard. Apabila diukur sebagai bentuk segi empat tepat standard, skrin ialah 14.36" secara pepenjuru (ruang boleh dilihat yang sebenar adalah kurang daripada itu).
  • [3] Perisian sistem menggunakan ruang storan yang tinggi. Storan yang tersedia mungkin berubah berdasarkan kemas kini perisian sistem dan penggunaan aplikasi. 1 GB = 1 bilion bait. 1 TB = 1,000 GB. Lihat Storan Surface untuk mendapatkan butiran lanjut.
  • [4] Memerlukan kandungan dan audio yang dikodkan Dolby Atmos®.
  • [5] Memerlukan kandungan dan video yang dikodkan Dolby Vision®.
  • [6] Perbandingan kandungan yang boleh dilihat pada peranti Surface dengan nisbah aspek 3:2 lwn komputer riba dengan nisbah aspek 16:10 atau 16:9.

Spesifikasi teknikal

  • Ciri dan ketersediaan aplikasi mungkin berbeza mengikut rantau.
  • [*] Sesetengah aksesori dan perisian dijual secara berasingan.
  • [1] Hayat bateri Surface Laptop Studio:

    Hayat bateri amat berbeza bergantung pada penggunaan, konfigurasi rangkaian dan ciri, kekuatan isyarat, tetapan dan faktor-faktor lain. Lihat Prestasi bateri Surface untuk mendapatkan butiran. Surface Laptop Studio 14.4” Intel® Core™ i5 Generasi ke-11 256GB SSD, 16 GB RAM, hayat bateri sehingga 19 jam berdasarkan penggunaan peranti Surface biasa. Hayat bateri berdasarkan penggunaan peranti Surface biasa. Ujian dijalankan oleh Microsoft pada bulan Ogos 2021 menggunakan perisian prapengeluaran dan peranti prapengeluaran. Ujian terdiri daripada penyahcasan bateri penuh dengan gabungan penggunaan aktif dan tunggu sedia moden. Bahagian penggunaan aktif terdiri daripada (1) ujian melayari web yang mencapai 8 laman web yang popular melalui beberapa tab terbuka, (2) ujian produktiviti menggunakan Microsoft Word, PowerPoint, Excel dan Outlook dan (3) sebahagian masa dengan peranti yang sedang digunakan dengan aplikasi melahu. Semua tetapan adalah lalai kecuali kecerahan skrin yang telah ditetapkan kepada 150 nit dengan Kecerahan Automatik dinyahdayakan. WiFi telah disambungkan kepada rangkaian. Hayat bateri amat berbeza mengikut tetapan, penggunaan dan faktor lain.

    Hayat bateri amat berbeza bergantung pada penggunaan, konfigurasi rangkaian dan ciri, kekuatan isyarat, tetapan dan faktor-faktor lain. Lihat Prestasi bateri Surface untuk mendapatkan butiran. Surface Laptop Studio 14.4” Intel® Core™ i7 Generasi ke-11 1TB SSD, GPU komputer riba NVIDIA® GeForce RTX™ 3050 32GB RAM, hayat bateri sehingga 18 jam berdasarkan penggunaan peranti Surface biasa. Hayat bateri berdasarkan penggunaan peranti Surface biasa. Ujian dijalankan oleh Microsoft pada bulan Ogos 2021 menggunakan perisian prapengeluaran dan peranti prapengeluaran. Ujian terdiri daripada penyahcasan bateri penuh dengan gabungan penggunaan aktif dan tunggu sedia moden. Bahagian penggunaan aktif terdiri daripada (1) ujian melayari web yang mencapai 8 laman web yang popular melalui beberapa tab terbuka, (2) ujian produktiviti menggunakan Microsoft Word, PowerPoint, Excel dan Outlook dan (3) sebahagian masa dengan peranti yang sedang digunakan dengan aplikasi melahu. Semua tetapan adalah lalai kecuali kecerahan skrin yang telah ditetapkan kepada 150 nit dengan Kecerahan Automatik dinyahdayakan. WiFi telah disambungkan kepada rangkaian. Hayat bateri amat berbeza mengikut tetapan, penggunaan dan faktor lain.
  • [2] Saiz skrin diukur secara pepenjuru. Ruang boleh dilihat yang sebenar adalah kurang daripada itu.

    Paparan Surface Laptop Studio mempunyai sudut bulat di dalam segi empat tepat standard. Apabila diukur sebagai bentuk segi empat tepat standard, skrin ialah 14.36" secara pepenjuru (ruang boleh dilihat yang sebenar adalah kurang daripada itu).
  • [3] Memerlukan kandungan dan video yang dikodkan Dolby Vision®.
  • [4] Isyarat sentuh dengan Microsoft Surface Slim Pen 2 boleh dirasai pada sesetengah aplikasi pada Surface Laptop Studio yang menjalankan Windows 11. Microsoft Surface Slim Pen 2 dijual secara berasingan.
  • [5] Perisian sistem menggunakan ruang storan yang tinggi. Storan yang tersedia mungkin berubah berdasarkan kemas kini perisian sistem dan penggunaan aplikasi. 1 GB = 1 bilion bait. 1 TB = 1,000 GB. Lihat Storan Surface untuk mendapatkan butiran lanjut.
  • [6] Pemacu keras tidak boleh ditanggalkan oleh pengguna. Pemacu keras hanya boleh ditanggalkan oleh juruteknik berkemahiran mengikut arahan yang disediakan oleh Microsoft.
  • [7] Langganan diperlukan (dijual secara berasingan).
  • [8] Pengaktifan diperlukan.
  • [9] Memerlukan kandungan dan audio yang dikodkan Dolby Atmos®.
  • [10] Jaminan Terhad Microsoft ialah tambahan kepada hak undang-undang pengguna anda.
  • [11] Termasuk Pertukaran Lanjutan – mungkin berbeza mengikut pasaran.
Kembali ke tab

Ikuti Surface