Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Gunakan tirai skrin VoiceOver pada Mac
Halang orang daripada melihat apa yang ada pada skrin anda dengan menggunakan tirai skrin, yang menukar skrin menjadi hitam.
Nota: VO mewakili pengubah suai VoiceOver.
Aktifkan tirai skrin: Tekan VO-Shift-F11, atau ketik tiga kali dengan tiga jari pada trackpad.
Nyahaktifkan tirai skrin: Ulang perintah atau gerak isyarat.
Jika anda menyahaktifkan VoiceOver semasa tirai skrin diaktifkan, tirai skrin juga dinyahaktifkan.