Dengar pembayang dan maklumat VoiceOver tentang item pada Mac
VoiceOver menyediakan beberapa cara untuk mengetahui lebih lanjut tentang item dalam kursor VoiceOver.
Nota: VO mewakili pengubah suai VoiceOver. Lihat Gunakan pengubah suai VoiceOver.
Dengar perihalan item: Tekan VO-Fn-F3. Jika Pemerintah Trackpad aktif, ketik trackpad tiga kali. Kesan bunyi menunjukkan kursor berada dalam kawasan kosong.
Dengar tag bantuan item: Tekan VO-Shift-H. VoiceOver memberitahu anda jika item tidak mempunyai tag bantuan (kadang-kadang dipanggil “petua alat”).
Dengar cara untuk menggunakan item: Tekan VO-Shift-N.
Dengar lebih banyak kandungan (apabila tersedia) tentang item: Tekan VO-Command-/.
Untuk membuatkan bantuan tag dan arahan membaca secara automatik, buka Utiliti VoiceOver (tekan VO-Fn-F8 apabila VoiceOver diaktifkan), klik kategori Berjela, kemudian klik Pembayang.
Buka Utiliti VoiceOver untuk saya
Muat turun panduan ini dalam Format Sedia Braille: BRF (Bahasa Inggeris)