Nilai atau tulis ulasan rancangan dalam Podcast pada Mac
Anda boleh menilai rancangan, membaca ulasan pendengar lain dan meninggalkan ulasan anda sendiri untuk sebarang rancangan.
Dalam app Podcast pada Mac anda, klik Rancangan dalam bar sisi atau cari rancangan. Pilih rancangan, skrol ke bawah ke bahagian Penilaian & Ulasan berdekatan bahagian bawah halaman, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Nilaikan rancangan: Klik bintang untuk memilih penilaian. Anda juga boleh menahan penuding di atas bintang, kemudian klik atau seret untuk menambah atau mengeluarkan bintang. (Jika anda tidak melihat pilihan untuk menilai rancangan, pastikan anda mendaftar masuk ke Podcast.)
Lihat semua ulasan: Klik Lihat Semua.
Baca ulasan: Klik kotak kelabu yang mengandungi ulasan, atau klik “lagi”. Untuk skrol menerusi ulasan, tahan penuding di atas ulasan, kemudian klik butang Balik atau butang Maju di sebelah kiri atau kanan skrin.
Tulis ulasan anda sendiri: Klik Tulis Ulasan, tulis ulasan anda, kemudian klik Simpan. (Jika anda tidak melihat pilihan untuk menulis ulasan, pastikan anda mendaftar masuk ke Podcast.)
Selepas anda menyimpan ulasan, anda boleh mengeditnya—klik Tulis Ulasan, buat sebarang perubahan, kemudian klik Simpan.
Nota: Anda tidak boleh menilai atau menulis ulasan untuk episod individu.