Lihat, kongsi dan cetak foto pada iPhone
Semua foto dan video yang anda ambil dengan Kamera disimpan dalam app Foto. Dengan Foto iCloud diaktifkan, semua foto dan video baru dimuat naik secara automatik dan tersedia dalam Foto pada semua peranti anda yang disediakan dengan Foto iCloud (dengan iOS 8.1 atau lebih baru).
Nota: Jika Perkhidmatan Lokasi diaktifkan dalam Seting > Privasi, foto dan video ditag dengan data lokasi yang boleh digunakan oleh app dan tapak web perkongsian foto. Lihat Setkan app yang mengetahui lokasi anda pada iPhone.
Lihat foto anda
Dalam Kamera, ketik imej kecil di penjuru kiri bawah.
Leret ke kiri atau kanan untuk melihat semua foto anda yang terbaru diambil.
Ketik skrin untuk memaparkan atau menyembunyikan kawalan.
Ketik Semua Foto untuk melihat semua foto dan video disimpan dalam Foto.
Kongsi dan cetak foto anda
Semasa melihat foto, ketik
.
Pilih pilihan seperti Mail, Mesej, atau Cetak. (Anda mungkin perlu meleret ke kiri pada baris bawah pilihan untuk mendedahkan Cetak.)
Muat naik dan selaraskan foto merentas peranti
Lihat Gunakan Foto iCloud untuk memuat naik foto dan video daripada iPhone anda ke iCloud dan aksesnya pada peranti anda (dengan iOS 8.1 atau lebih baru) yang anda daftar masuk ke iCloud dengan Apple ID yang sama. Untuk mengaktifkan Foto iCloud, pergi ke Seting > Foto. Apabila Foto iCloud dinyahaktifkan, anda masih boleh mengumpul sehingga 1000 foto terbaru anda dalam album Strim Foto Saya pada peranti yang disediakan dengan iCloud. Lihat Gunakan Strim Foto Saya pada iPhone.