Gunakan iCloud untuk berkongsi dan bekerjasama
Anda boleh menggunakan iCloud untuk berkongsi dan bekerjasama pada album foto, kalendar, pembentangan, senarai tugasan dan banyak lagi.
Apabila anda berkongsi sesuatu dengan iCloud, anda menentukan orang yang boleh mengakses maklumat anda dan sama ada mereka boleh membuat perubahan. Sebagai contoh, anda boleh memilih sama ada orang yang anda kongsi maklumat boleh menambah orang lain, melakukan edit atau melihat kandungan sahaja. Anda boleh menukar seting perkongsian dan kerjasama pada bila‑bila masa.
Maklumat yang disimpan dalam iCloud sentiasa dikemas kini di mana‑mana sahaja. Apabila seseorang membuat perubahan pada fail dikongsi, album foto, senarai tugasan atau apa sahaja yang dikongsi dengan iCloud, perubahan tersebut disimpan dalam awan. Semua orang dapat mengakses versi terkini, tidak kira peranti yang mereka gunakan untuk melihatnya. Lihat Cara iCloud mengemas kini maklumat pada semua peranti anda.
Ketahui cara perkongsian dan kerjasama berfungsi dengan app dan ciri berikut:
Nota: Tidak semua ciri iCloud tersedia di semua negara atau rantau. Beberapa ciri iCloud mempunyai keperluan sistem minimum. Lihat artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk iCloud.