Keperluan Bilik Darjah untuk kelas yang dicipta dengan penyelesaian MDM
Untuk kelas yang dicipta dengan penyelesaian pengurusan peranti mudah alih (MDM), semua peranti mesti didaftarkan dalam penyelesaian MDM organisasi anda. Dalam penyelesaian MDM tersebut, setiap kelas mengandungi nama, satu atau lebih guru, pelajar dan (pilihan) sekumpulan peranti (apabila menggunakan iPad Dikongsi). Penyelesaian MDM memasangkan profil konfigurasi pendidikan pada semua peranti yang ditetapkan pada kelas. Bilik Darjah menggunakan profil ini untuk mendaftarkan peranti milik pelajar dalam setiap kelas.
Apabila anda mengkonfigurasi kelas menggunakan penyelesaian MDM anda, hanya kelas dicipta MDM yang kelihatan dalam Bilik Darjah. Anda sebagai guru tidak boleh mengeluarkan kelas atau menambah kelas anda sendiri. Berbincang dengan pentadbir MDM anda atau lihat dokumentasi vendor MDM untuk melihat jika penyelesaian MDM menyokong ciri ini.
Sebelum kelas, gunakan Bilik Darjah untuk mendapatkan setiap peranti sedia untuk pelajar. Jika pelajar menggunakan peranti iPad, iPad Dikongsi dan Apple ID Terurus diperlukan untuk tindakan ini.
Bilik Darjah boleh menetapkan pelajar ke iPad. Keupayaan ini berguna jika pelajar terlupa kod laluan atau kata laluan mereka.
Bilik Darjah juga boleh menetapkan kumpulan pelajar ke kumpulan iPad. Apabila anda klik Tetapkan, Bilik Darjah menentukan sama ada setiap iPad telah ditetapkan kepada pelajar sebelum ini dan jika ya, ianya boleh menetapkan iPad tersebut kepada pelajar lagi. Ini mengoptimumkan pengalaman pelajar dengan mengurangkan memuat turun fail.
Untuk kelas yang dicipta dengan penyelesaian MDM, imej pelajar ditambahkan ke Bilik Darjah dalam penyelesaian MDM.
Ciri
Kelas yang dicipta dengan penyelesaian MDM menawarkan ciri berikut:
Pentadbir MDM boleh mencipta kelas dalam MDM.
Pentadbir MDM mengawal kelas yang tersedia.
Akaun dalam Apple School Manager dengan kelayakan boleh mencipta kelas dan menyelaraskannya ke penyelesaian MDM (memerlukan supaya penyelesaian MDM dipautkan ke Apple School Manager).
Tindakan tersedia
Sementara kelas aktif, anda boleh melaksanakan tindakan berikut:
Buka, kunci, atau kongsi maklumat dalam app.
Navigasi berbilang pelajar ke Safari atau Apple Books.
Lihat dan kunci skrin pelajar.
Reset kata laluan Apple ID Terurus dengan Bilik Darjah.
Senyapkan peranti pelajar.
AirPlay skrin pelajar tunggal.
Keperluan infrastruktur
Untuk menggunakan Bilik Darjah dengan kelas yang dicipta dengan penyelesaian MDM, anda mesti mempunyai konfigurasi infrastruktur berikut yang disenaraikan di bawah.
Konfigurasi infrastruktur | Keperluan |
---|---|
Wi-Fi dengan komunikasi klien ke klien didayakan | Mandatori |
Port terbuka:
Nota: Port 3283 tidak lagi boleh digunakan untuk komunikasi app Bilik Darjah. | Mandatori |
Sekurang-kurangnya satu kelas disediakan dalam penyelesaian MDM anda dengan akaun guru dan pelajar | Mandatori |
Sekurang-kurangnya satu kelas disediakan dalam penyelesaian MDM anda dengan kumpulan peranti | Pilihan |
Keperluan peranti guru
Ini ialah keperluan peranti untuk guru menggunakan kelas Bilik Darjah yang dicipta dengan penyelesaian MDM.
Konfigurasi | Keperluan |
---|---|
Model iPad | Semua model iPad Pro iPad generasi ke-5 atau lebih baru iPad Air generasi ke-4 iPad Air generasi ke-3 iPad Air 2 iPad mini generasi ke-5 iPad mini 4 |
Model Mac | MacBook Pro (Akhir tahun 2013 atau lebih baharu) MacBook Air (2013 atau lebih baharu) MacBook (2015 atau lebih baharu) Mac mini (2014 atau lebih baharu) iMac (2014 atau lebih baharu) iMac Pro (2017 atau lebih baru) Mac Pro (Akhir tahun 2013 atau lebih baru) |
Versi iPadOS disokong minimum | iPadOS 14.5 |
Versi macOS disokong minimum | macOS 11.3 |
Bluetooth didayakan | Mandatori |
Sediakan sebagai iPad Dikongsi | Tidak dibenarkan |
Penyeliaan | Pilihan |
Peranti didaftarkan dalam penyelesaian MDM | Mandatori |
Profil konfigurasi mengandungi maklumat kelas yang ditolak ke peranti | Mandatori |
Apple ID Terurus | Pilihan (diperlukan untuk reset kata laluan pelajar dengan iPad Dikongsi) |
Keperluan peranti pelajar
Ini ialah keperluan peranti untuk pelajar menyertai kelas Bilik Darjah yang dicipta dengan penyelesaian MDM.
Konfigurasi | Keperluan iPad Dikongsi | Keperluan iPad satu ke satu | Keperluan Mac |
---|---|---|---|
Perkakasan disokong | Semua model iPad Pro iPad generasi ke-5 atau lebih baru iPad Air generasi ke-4 iPad Air generasi ke-3 iPad Air 2 iPad mini generasi ke-5 iPad mini 4 | Semua model iPad Pro iPad generasi ke-5 atau lebih baru iPad Air generasi ke-4 iPad Air generasi ke-3 iPad Air 2 iPad mini generasi ke-5 iPad mini 4 | MacBook Pro (Akhir tahun 2013 atau lebih baharu) MacBook Air (2013 atau lebih baharu) MacBook (2015 atau lebih baharu) Mac mini (2014 atau lebih baharu) iMac (2014 atau lebih baharu) iMac Pro (2017 atau lebih baru) Mac Pro (Akhir tahun 2013 atau lebih baru) |
Sistem pengendalian disokong minimum | iPadOS 14.5 | iPadOS 14.5 | macOS 11.3 |
Bluetooth didayakan | Mandatori | Mandatori | Mandatori |
Penyeliaan | Mandatori | Mandatori | Mandatori |
Peranti didaftarkan dalam penyelesaian MDM | Mandatori | Mandatori | Mandatori |
Profil konfigurasi mengandungi maklumat kelas yang ditolak ke peranti | Mandatori | Mandatori | Mandatori |
Apple ID Terurus | Mandatori | Pilihan | Pilihan |