Sambungkan AirPods anda
Pakai AirPods anda, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Pada iPhone atau iPad: Pergi ke Seting
> Bluetooth. Jika AirPods anda tidak disambungkan, ketik Tidak Disambungkan.
Pada Apple Watch: Pergi ke Seting
> Bluetooth. Jika AirPods anda tidak disambungkan, ketik Tidak Disambungkan.
Pada Mac: Pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Pusat Kawalandalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah). Di sebelah kanan, klik menu timbul bersebelahan Bluetooth
, kemudian pilih Tunjukkan dalam Bar Menu. Dalam bar menu, klik Bluetooth kemudian pilih AirPods yang anda mahu sambungkan.
Pada Apple TV: Navigasi ke bawah untuk menunjukkan anak tetingkap info, pilih Audio, kemudian pilih AirPods anda dalam pilihan speaker di sebelah kanan.